NEW DELHI: Kumpulan pertama warga India yang dideportasi dari Amerika Syarikat (AS) tiba di negeri Punjab sebagai sebahagian daripada operasi ketat imigrasi pentadbiran Donald Trump terhadap pendatang haram.

Sebuah pesawat pengangkut tentera C-17 yang membawa 104 warga India mendarat di lapangan terbang Amritsar pada petang Rabu, menurut laporan media tempatan.

Pesawat itu berlepas dari San Antonio, Texas pada Selasa.

Majoriti mereka yang dideportasi dari AS berasal dari negeri Gujarat, Punjab dan Haryana.

Warga India merupakan kumpulan ketiga terbesar pendatang tanpa izin di AS, dengan anggaran jumlah mereka mencecah 750,000 orang.

Pentadbiran Trump telah mengenal pasti ribuan warga India yang akan dideportasi dalam operasi berterusan terhadap mereka yang memasuki negara itu secara haram.

-- BERNAMA