MELIHAT anak yang diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang meraih kejayaan sudah cukup menghilangkan penat dan lelah orang tua.
Justeru, banyak cara dilakukan oleh ibu bapa untuk meraikan kejayaan anak yang tamat pengajian.
Tidak semua pula cara itu menuntut wang atau material, sebaliknya, mempamerkan rasa bangga itu dengan menyatakan betapa bangga atau bahagianya melihat si anak membalas pengorbanan ayah atau ibu ada ketikanya lebih bernilai.
Kerana itu, tidak hairanlah apabila seorang pensyarah di Universiti Diponegoro, Indonesia, Samsulhuda Budi Mustofa mengendong anaknya, Ahmad Husni Mubarak Yasin yang berjaya menamatkan pengajian hafazan al-Quran membuka mata sebilangan besar masyarakat.
Tindakan Samsulhuda mengendong Yasin membuatkan banyak ibu bapa yang mencemburui konsep kasih sayang antara dua beranak itu.
Kepada Samsulhuda, kebesaran dan nikmat yang Allah hadirkan padanya sesuatu yang di luar dugaannya.
Masakan tidak, kata Samsulhuda, Ahmad Husni Mubarak Yasin atau mesra disapa Yasin yang dikenalinya merupakan seorang yang sangat pendiam selain mudah mengantuk.
"Yasin orangnya pendiam, dulu yang pernah saya lihat itu orangnya mudah mengantuk, tapi uniknya secara intelektual saya tidak tahu. Allah memberikan kemampuan yang lebih.
“Dia menjadi naib juara di sekolah dan menyelesaikan 30 juz (al-Quran) meskipun bertatih dan keupayaannya itu pada saya hebat sekali," ujar Samsulhuda berkongsi perasaan mengenai kejayaan anaknya melengkapkan pengajian hafazan kitab suci di Pondok Tahfidz Qur'an MAN 1 Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.
Video Samsulhuda mengendong Yasin yang dikongsi di aplikasi TikTok Achmad Khoirudin mengundang ribuan komen selain lebih 200,000 tanda suka
Dalam video berkenaan, Samsulhuda dipetik sebagai berkata kepada anaknya: “Aku, nanti esok kamu gendong masuk ke syurga bersamamu.”
Sebagai ketua keluarga, Samsulhuda tidak pernah jemu mengingatkan Yasin serta tiga anaknya yang lain agar tekun menelaah al-Quran,
"Satu hal saya sampaikan (kepada anak-anak), membaca al-Quran dengan serius, belajar dengan guru dan selebihnya serah pada Allah SWT," kongsi Samsulhuda lagi.
Berkongsi perasaan mengenai video dikendong ayahnya sejurus selesai pemberian sanad, Yasin yang juga salah seorang daripada 10 penuntut Pondok Tahfidz Qur'an MAN 1 Kudus yang berjaya manghafal al-Quran berkata, tindakan itu berlaku secara spontan.
(Sanad diberikan kepada pelajar sebagai tanda pertalian dan persambungan ilmu antara guru dengan murid dan merupakan bukti keizinan untuknya menyampaikan ilmu yang diperoleh dengan guru akan mencatatkan namanya berserta nama guru sebelumnya secara bersambung-sambung.)
Kata Yasin, sebaik selesai bacaan doa, setiap penuntut akan bertemu ibu dan ayah masing-masing bagi menyampaikan rasa terima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan.
“Selesai berdoa, saya bertemu ibu dan ayah dan langsung dikendong. Sangat terharu kerana sudah lama menjalani ujian dan di pertengahan jalan ada sedikit masalah sehinggalah lulus dengan nilai yang diharapkan. (Saya) tidak pernah membayangkan video itu viral,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Yasin yang juga anak ketiga daripada empat adik beradik merancang untuk melanjutkan ke Ponpes Al-Aqsa, Kudus sebagai persiapan Universiti Madinah.
"Insya-Allah saya ingin melanjutkan ke Madinah setelah mengabdi, cita-citanya kalau ingin menjadi usahawan yang sukses," katanya lagi.
Agensi
Tue Jun 28 2022
Samsulhuda Budi Mustofa mengendong anaknya, Ahmad Husni Mubarak Yasin yang berjaya menamatkan pengajian hafazan al-Quran membuka mata sebilangan besar masyarakat.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Detik syahdu ayah kendong anak berjaya hafaz al-Quran
-Aku, nanti esok kamu gendong masuk ke syurga bersamamu.-