Lebih 1,000 orang dikatakan berada di dalam dewan berkenaan ketika itu bagi menyaksikan sebuah konsert oleh kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Eagles of Death Metal sebelum kumpulan bersenjata itu menembak secara rambang ke arah penonton.
Sekurang-kurangnya dua ahli kumpulan itu dilaporkan ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
Dewan ini telah dibina pada abad ke 19 untuk tujuan mengadakan persembahan teater.
“Semasa kejadian, semua orang terus merebahkan diri ke lantai dan tidak bergerak. Saya tidak tahu berapa lama saya begitu tetapi ia rasa sangat lama,” tambah beliau.
Ahli kumpulan Eagles of Death Metal pula selamat melarikan diri, lapor The Washington Post.
Ibu kepada pemain dram kumpulan itu, Mary Lou Dorio berkata, anaknya, Julian Dorio dan ahli kumpulan yang lain melarikan diri sebaik sahaja tembakan dilepaskan.
“Ia sangat dasyat. Anak saya terus menuju ke balai polis di mana beliau telefon isterinya,” kata Mary.
FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 153 maut