Setakat ini, empat orang disahkan mati akibat terdedah dengan cuaca sejuk di mana dua kes disiasat berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Selain itu, di beberapa bahagian utara New Yok turut menyaksikan ribut salji setebal 18 inci melanda kawasa tersebut.
Menurut penjejak dalam talian Flight Aware, lebih daripada 2,200 jadual penerbangan dalam AS telah dibatalkan pada hari Selasa manakala 3,000 lagi ditunda.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) pada hari Selasa memberi amaran mengenai sajli setebal satu inci atau lebih dijangka turun selama sejam dari timur Texas melalui Florida Panhandle barat.
Justeru, NWS menasihatkan orang ramai mengelak melakukan perjalanan jauh susulan fenomena 'lake effect snow' yang bakal berlaku.
Gabenor New York, Kathy Hochul mengumumkan bahawa beliau telah mengisytiharkan darurat terhadap puluhan daerah di barat New York ketika masyarakat berdepan kesejukan yang melampau.
Gabenor beberapa negeri, termasuk Louisiana, Mississippi dan Alabama, juga telah mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas kepada kesejukan yang luar biasa itu.
Ribut yang kini melanda selatan AS bermula di Texas pada petang Isnin, diramalkan bergerak ke arah timur hingga pagi Rabu di sepanjang Interstate 10, sebuah lebuh raya utama di rantau itu. - Agensi/Sinar Harian