SEOUL/BUSAN: Diplomat tertinggi China dan Jepun tiba di Korea Selatan pada Sabtu bagi rundingan tiga hala dengan rakan sejawatan mereka dari Korea Selatan mengenai usaha menyambung semula sidang kemuncak pemimpin tiga negara yang tertangguh sejak sekian lama.
Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa masing-masing tiba di Busan pada petang Sabtu.
Mereka akan mengadakan rundingan dua hala dengan Menteri Luar Park Jin pada Ahad, sebelum rundingan tiga hala pada hari yang sama, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kali terakhir sidang kemuncak tiga hala diadakan di bandar Chengdu di barat daya China dan selepas itu ia tidak dapat dianjurkan berikutan wabak pandemik COVID-19 dan ekoran hubungan dingin antara Seoul dan Tokyo berhubung isu pampasan buruh paksa Korea Selatan pada 1910-1945.
Perbincangan untuk menjayakan semula sidang kemuncak itu mendapat momentum kembali selepas Korea Selatan mengumumkan pada Mac bahawa ia akan memberi pampasan kepada buruh paksa Korea tanpa meminta sumbangan daripada syarikat Jepun.
Pelancaran satelit peninjau tentera Korea Utara awal minggu ini dan hubungan ketenteraan dengan Rusia yang semakin meningkat juga dijangka menjadi agenda utama dalam rundingan pada Ahad.
Mereka juga dijangka membincangkan cara untuk menggalakkan kerjasama tiga hala dalam bidang seperti perubahan iklim, sains dan teknologi digital serta pertukaran antara rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Diplomat tertinggi China dan Jepun tiba di Korea Selatan pada Sabtu bagi rundingan tiga hala dengan rakan sejawatan mereka dari Korea Selatan. - AP
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Diplomat China, Jepun, Korea Selatan bertemu di Busan bagi rundingan tiga hala
Kali terakhir sidang kemuncak tiga hala diadakan di Chengdu, China dan selepas itu ia tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik COVID-19.