SAN JUAN: Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang lebih 30 tahun lalu dan disangka meninggal dunia oleh keluarganya sebelum ini ditemukan selamat, pada Khamis lalu.
Memetik CNN, menurut keluarga dan pihak berkuasa, Patricia Kopta, 83, kini tinggal di sebuah rumah penjagaan di Puerto Rico.
Menurut risalah kehilangan Patricia yang disiarkan oleh Pusat Tindak Balas Kecemasan Pennsylvania, wanita itu kali terakhir dilihat di Pittsburgh pada musim panas 1992.
Suaminya, Bob Kopta melaporkan isterinya hilang beberapa bulan kemudian pada musim luruh tahun yang sama dan memberitahu pihak berkuasa bahawa mustahil isterinya untuk tidak ditemui dalam tempoh yang singkat.
"Saya pulang ke rumah pada suatu malam dan dia telah tiada, dan tiada siapa yang tahu di mana dia berada," kata Kopta pada sidang akhbar bersama Polis Perbandaran Ross.
Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan mereka merupakan pihak pertama yang dimaklumkan mengenai penemuan wanita yang hilang itu.
Perkara ini diketahui apabila ejen dari Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan seorang pekerja sosial dari Puerto Rico menghubungi mereka tahun lepas mengatakan bahawa mereka percaya Patricia tinggal di sebuah pusat penjagaan.
Timbalan Ketua Perbandaran Ross, Brian Kohlhepp memaklumkan menerima laporan bahawa wanita itu berada di pusat penjagaan itu sejak tahun 1999 selepas ditemui di jalanan di Puerto Rico.
Pihak Interpol dan pekerja sosial itu berkata Patricia ditemui berkeliaran di jalanan dan selama bertahun-tahun namun enggan membincangkan kehidupan peribadinya atau mendedahkan dari mana dia berasal.
Sebelum hilang difahamkan, Patricia merupakan seorang pendakwah jalanan yang terkenal ketika berada di Pittsburgh.
“Kehilangannya tidak terlalu mencurigakan kerana tahu dia mempunyai sejarah kesihatan mental dan dia telah membuat kenyataan kepada individu keluarga lain bahawa dia akan pergi serta bimbang akan ditempatkan di pusat penjagaan di sini,” maklum Kohlhepp.
Sebelum ini, suaminya berkata bahawa isterinya pernah bercakap mengenai keinginan pergi ke Puerto Rico dan tinggal di persekitaran tropika.
Tambah Kohlhepp, Patricia dan Bob berkahwin selama 20 tahun sebelum menghilang dan dia juga tidak mempunyai keluarga atau mengenali sesiapa di Puerto Rico.
Polis akhirnya mengesahkan wanita itu sebenarnya Patricia melalui proses kenal pasti selama sembilan bulan di mana mereka membandingkan sampel DNA yang diberikan oleh kakaknya, Gloria Smith dan anak saudaranya.
Agensi
Sun Mar 05 2023

Patricia pernah bercakap mengenai keinginannya untuk pergi ke Puerto Rico dan tinggal di persekitaran tropika.- Foto/Twitter@ShelbyCassesse

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Disangka meninggal dunia, wanita hilang 30 tahun ditemukan di Puerto Rico
Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang lebih 30 tahun lalu dan disangka meninggal dunia oleh keluarganya ditemukan selamat.