Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Isnin, Nick Lee Xing Qiu dipercayai berhasrat menyerang orang Islam di salah satu masjid di sini, dengan menggunakan senjata api buatan sendiri, dan ingin menyiarkan serangan itu secara dalam talian.
Modus serangan ini, tambah ISD, dipengaruhi oleh serangan yang dilakukan penyerang Brenton Tarrant di New Zealand pada Mac 2019.
“Semasa ditahan (Disember 2024), idea serangan Xing Qiu adalah sekadar aspirasi semata-mata dan dia tidak mempunyai masa yang ditetapkan untuk melaksanakan serangan tersebut.
“Siasatan ke atas kenalan dalam talian Xing Qiu juga tidak mendapati sebarang ancaman nyata terhadap Singapura,” kata ISD. - Sinar Harian/ Agensi
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)