NEW DELHI: Seorang ahli politik wanita daripada komuniti puak di negeri timur Odisha bakal menjadi presiden baharu India.
Droupadi Murmu, 64, akan menjadi presiden wanita kedua negara itu apabila menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang akan tamat penggal lima tahunnya 24 Julai ini.
Murmu, yang dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84.
Sinha bekas menteri kewangan yang meletak jawatan daripada BJP pada 2018 kerana berbeza pandangan politik turut mengucapkan tahniah kepada Murmu.
"India berharap sebagai presiden ke-15 republik itu beliau dapat berfungsi sebagai penjaga Perlembagaan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Sinha dalam satu kenyataan.
Pengundian diadakan pada Isnin dan pengiraan undi selesai pada Khamis.
Presiden India dipilih secara tidak langsung oleh anggota dewan secara undi elektoral.
Murmu, yang berasal daripada puak Santhal di daerah Mayurbhanj Odisha dan pernah menjadi guru sekolah sebelum menyertai politik dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Odisha.
Murmu bersara sebagai Gabenor Jharkhand pada 2021.
"Beliau mempunyai tempoh yang sangat baik sebagai Gabenor Jharkhand. Saya pasti beliau akan menjadi Presiden yang cemerlang, memimpin India terus maju ke hadapan dan mengukuhkan perjalanan pembangunan India," kata Perdana Menteri Narendra Modi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Droupadi Murmu akan menjadi presiden wanita kedua negara itu apabila menggantikan Ram Nath Kovind. - AP
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Dipilih sebagai Presiden India bukti rakyat miskin juga boleh memasang impian - Droupadi Murmu
Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin.

Pemilihan presiden baharu India diadakan pada Isnin
Persaingan antara calon wanita Draupadi Murmu yang menerima sokongan Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) dan calon parti pembangkang, Yashwant Sinha.