Jumaat lalu, Arti dan Pooja Kumar, berusia 22 dan 19, telah dicabul secara lisan dan fizikal oleh tiga lelaki dalam sebuah bas yang sesak minggu lalu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Rohtak, iaitu sebuah kawasan luar bandar Haryana yang bersempadan dengan New Delhi.
Adik-beradik berkenaan yang menggunakan tali pinggang dan tangan untuk memukul lelaki-lelaki tersebut dilihat membalas gangguan tersebut dengan menyerang semula. Walaupun reaksi mereka itu turut dibalas dengan kasar oleh kumpulan lelaki tersebut, penumpang-penumpang lain sekadar melihat sahaja.
Pihak polis telah menahan lelaki-lelaki tersebut pada Ahad malam selepas sebuah rakaman video telefon bimbit seorang penumpang telah dimuat naik ke media sosial selain turut disiarkan di beberapa saluran berita 24 jam negara itu.
Walaupun ramai yang memuji tindakan berani dua mangsa itu, ada sesetengah yang lain di dalam bas itu sekadar mentertawakan insiden tersebut.
"Syabas kepada #RohtakBravehearts. Dan saya benci lelaki-lelaki yang hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa dalam insiden tersebut,” kata seorang pengguna Twitter.
‘Braveheart’ merupakan istilah yang digunakan media bagi merujuk kepada gadis berusia 23 tahun yang mati selepas diperkosa beramai-ramai dalam sebuah bas di Delhi pada tahun 2012.
Serangan mengerikan itu telah mencetus kemarahan komuniti antarabangsa, protes jalanan dan juga penilaian semula mengenai layanan terhadap wanita di India.
Sesetengah masyarakat berharap insiden terbaharu itu dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain agar bertindak terhadap sebarang jenis gangguan seperti yang sering dialami setiap hari.
"Tahniah gadis-gadis berani! Sedarlah wahai orang yang hanya memerhati! Memalukan, satu-satunya orang yang masuk campur ialah wanita hamil!" kata pelakon filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.
"Bravo! #RohtakBravehearts kerana bertindak terhadap gangguan! Semoga anda menjadi contoh pada semua gadis yang mahu melakukan hal yang sama," kata tuit lain.
Jurucakap polis Rohtak, Ved Singh Nain berjanji untuk menjalankan siasatan segera berhubung insiden berkenaan. Adik-beradik tersebut memberitahu, lelaki-lelaki berkenaan mula berkasar selepas gangguan lisan mereka tidak layan.
"Dalam bas itu, mereka membuat isyarat lucah, menyentuh dan mencabul kami. Kami tak boleh terima situasi itu dan mula memukul mereka.
"Salah seorang daripada mereka memegang kuat tangan kakak saya dan seorang lagi memaut leher saya. Ketika itulah kakak saya menyebat mereka dengan tali pinggang," kata Pooja kepada saluran berita NDTV semalam.
Ketua Menteri Haryana, M.L. Khattar mengumumkan ganjaran wang tunai bernilai 31,000 rupee (RM1,720) seorang kepada dua beradik berkenaan, sambil berharap publisiti tersebut akan menarik perhatian lebih ramai orang.
"Apa yang telah dilakukan mereka berdua ini selayaknya dipuji," kata Khattar.
AFP
Tue Dec 02 2014
Imej pegun daripada rakaman video telefon bimbit tentang insiden gangguan seksual dalam sebuah bas di New Delhi.
Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Ronaldo kekal pemain paling mahal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Mangsa maut dalam kebakaran sempat alihkan barang, kenderaan
Mangsa berusia 46 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di belakang rumah dan disahkan meninggal dunia manakala adiknya, 36, pula melecur.
Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh
Polis telah menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun dalam kes bunuh di Sungai Choh, Rawang 23 Disember lalu.
Dua beradik, pasangan berdepan hukuman gantung
Dua beradik bersama suami masing-masing berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atas tiga pertuduhan mengedar dadah, minggu lalu.
PRU15: Warisan tampil dua beradik bertanding di Kampar
Parti Warisan (Warisan) menampilkan dua beradik menjadi calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Kampar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar.
Cuba lerai 'perang mulut' abang dan kakak, pipi adik cedera terkena pisau
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, abang mangsa dikatakan mengamuk selepas dilarang pergi ke Kota Kinabalu oleh ibu mereka.
Cantiknya! 11 beradik 'makeover' rumah pusaka ibu bapa sempena Raya
Sebuah rumah pusaka usang menerima sentuhan baru apabila 11 adik-beradik sepakat untuk mencantikkan rumah tersebut sempena lebaran yang bakal tiba.
Alif, Mim, Ain & Jim... Uniknya nama adik beradik Satar ni!
Keunikan nama adik-beradik Alif Satar menjadi viral selepas pelakon itu memuat naik foto bersama keluarganya dua hari lalu.
Menyaman adik-beradik sendiri cemarkan nama baik ibu bapa kami - Hsien Loong
"Pada kesudahannya, kami tetap adik-beradik, dan kami adalah anak kepada ibu bapa kami," katanya dalam kenyataan menteri berkaitan 'Penyalahgunaan kuasa dalam 38 Oxley Road' pada persidangan Parlimen.
Dua beradik dipuji kerana memukul lelaki pencabul dalam bas
Dua adik-beradik perempuan menerima pujian dan wang tunai pada Isnin selepas tersebarnya video mereka memukul tiga lelaki yang mencabul mereka dalam sebuah bas.