Dua lelaki di negeri Madhya Pradesh, India telah memotong alat kelamin seorang lelaki yang kahwin lari dengan adik perempuan mereka.
Polis berkata insiden itu berlaku di Berasia, pinggir bandar Bhopal pada Selasa.
Dua beradik itu, Rakesh dan Suresh Kushwaha tidak menyenangi Bhupendra Jain, 28, sejak dia kahwin lari dengan adik mereka Babli, lapor Hindustan Times yang memetik kenyataan pegawai polis.
Jain, dari kampung Garethia Dangi kira-kira 40 kilometer dari Bhopal telah berkahwin dengan Babli tanpa restu keluarga perempuan.
Pada Selasa Jain telah dipanggil oleh abang-abang Babli ke rumah keluarga perempuan di Mahuakheda untuk mengadakan perbincangan tetapi berakhir dengan pertelingkahan.
Rakesh dan Suresh telah berjanji kepada pasangan pengantin bahawa mereka akan diraikan dalam majlis perkahwinan mengikut adat agar hubungan mereka mendapat pengesahan sosial.
Bagaimanapun tercetus pertengkaran sengit apabila Jain tiba di rumah keluarga perempuan.
Menurut polis, dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dengan pisau dan memotong alat kelamin mangsa.
Jain telah dikejarkan ke hospital berdekatan, tetapi kemudiannya dipindah ke Hospital Hamidia di Bhopal.
Menurut polis, Jain seorang wakil perubatan, dan Babli sudah berkahwin dan tinggal bersama, tetapi keluarga perempuan menyifatkan ia sebagai bersekedudukan yang menyebabkan mereka berasa malu.
Bernama
Wed Oct 07 2015

Menurut polis, dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dan memotong alat kelamin mangsa. -Gambar hiasan

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Mahu kembali jadi lelaki, Lucinta Luna dakwa punya kualiti alat sulit terbaik
Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna mengaku ingin kembali kepada fitrah menjadi lelaki semula.

Doktor 'palsu' potong alat kelamin bayi diburu polis
Tindakan dua lelaki berkenaan difahamkan bagi usaha meyakinkan ibunya bahawa bayi yang dilahirkan adalah seorang bayi perempuan.

Pemutihan zakar beri kesan buruk kepada pemilik - Pakar pembedahan plastik
Menurut seorang pakar pembedahan plastik Massimiliano Brambilla, trend terbaharu itu sebenarnya berbahaya serta berisiko tinggi kepada pesakit kerana kadar asid dan kimia yang digunakan.

Dua beradik potong alat kelamin lelaki kahwin lari dengan adik perempuan
Menurut polis, dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dengan pisau dan memotong alat kelamin mangsa.