Penemuan bangkai dua ekor dugong di Thailand pada Ahad, masing-masing di Krabi dan Trang, meresahkan banyak pihak terutamanya kumpulan pencinta haiwan dan konservasi hidupan liar.
Portal berita Bangkok Post yang memetik kata Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Kongkiat Kittiwatanawong melaporkan, kes terbaru itu menjadikan jumlah kematian mamalia marin itu sejumlah lima ekor dalam tempoh empat bulan.
Di Krabi, bangkai dugong itu ditemui di perairan antara Koh Pu dan Koh Phi Phi, sementara seekor lagi ditemui terdampar di pantai Hat Samran, Trang.
Dugong yang mati di Krabi itu adalah dugong jantan sepanjang 2.3 meter dan seberat 400 kilogram, ujar Ketua Taman Negara Hat Nopharat Woraphot Lomlin.
Bangkainya telah dibawa ke Universiti Teknologi Rajamangala untuk proses bedah siasat, dan antara lain menyenaraikan kemungkinan kematian akibat faktor pencerobohan habitat dan pencemaran alam sekitar.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Perikanan di Universiti Kasetsart, Thon Thamrongnawasawat berkata, ada kemungkinan dugong-dugong itu diburu untuk diambil giginya bagi dijadikan tangkal azimat.
Sebelum ini, kisah dua ekor anak dugong yang berjaya diselamatkan, Mariam dan Yamil, telah menarik perhatian ramai.
Kedua-dua anak dugong itu kini dalam jagaan Jabatan Sumber Marin dan Pantai negara itu.
Agensi
Mon Jul 15 2019

Keadaan bangkai dugong yang ditemui di Krabi pada Ahad. - Foto: Jabatan Konservasi Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan Thailand

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dua lagi bangkai dugong dijumpai, aktivis hidupan liar Thailand semakin resah
Di Krabi, bangkai dugong itu ditemui di perairan antara Koh Pu dan Koh Phi Phi, sementara seekor lagi ditemui terdampar di pantai Hat Samran, Trang.