Dua lelaki nyaris maut apabila dikejar seekor harimau ketika menunggang motosikal di satu laluan di tengah hutan.
Rakaman video penunggang bersama pembonceng motosikal itu yang tular di media sosial menunjukkan harimau berkenaan secara tiba-tiba melompat keluar dari hutan dan mengejar mereka.
Kejadian itu dipercayai dirakam di pinggir Taman Negara Nagarhole, selatan India yang merupakan habitat kepada lebih 72 harimau benggala.
Mujur haiwan tersebut masuk semula ke dalam hutan berhampiran setelah gagal mengejar motosikal yang dinaiki mereka.
Terdahulu, pada awal tahun ini, seekor harimau di taman negara berkenaan dilapor membunuh tiga orang sebelum ditangkap pegawai perhilitan.
Pada 2013, media tempatan melaporkan empat nyawa terkorban di taman negara berkenaan serta kawasan sekitar Bandipur.
Dalam setiap kes yang dilaporkan, pihak berkuasa berusaha menangkap hidupan liar berkenaan sama ada ditembak ataupun dimasukkan ke mana-mana zoo berdekatan.
Harimau Benggala merupakan haiwan terancam dengan populasinya dikatakan semakin berkurangan akibat kepupusan habitatnya setelah dijadikan penempatan manusia.
Haiwan daripada spesis kucing ini banyak dijumpai di kawasan sekitar India, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Myanmar.
Astro Awani
Mon Jul 01 2019

Dua lelaki nyaris maut apabila dikejar seekor harimau ketika menunggang motosikal di pinggir Taman Negara Nagarhole. -Gambar media sosial

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-

Dua lelaki nyaris maut dikejar harimau ketika tunggang motosikal
Pihak berkuasa berusaha untuk menangkap hidupan liar berkenaan samada ditembak ataupun dimasukkan ke mana-mana zoo berdekatan