RAMALLAH: Dua rakyat Palestin terbunuh manakala 12 lagi cedera pada Sabtu ketika tentera Israel melakukan serbuan ke atas sebuah kem pelarian di bandar Jenin utara Tebing Barat, lapor Xinhua.
Seorang lelaki dikenali sebagai Mahmoud Al-Soous disahkan maut selepas ditembak di bahagian leher, manakala seorang lagi lelaki ditembak di kepala.
Mereka yang cedera termasuk dua lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.
Saksi mendakwa tentera Israel bertindak menyerbu kem pelarian dan mengepung sebuah rumah warga Palestin.
Pertempuran sengit tercetus antara askar Israel dan sekumpulan lelaki bersenjata Palestin.
Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata tentera Israel bertindak menyerbu kem pelarian untuk menjejaki seorang anggota gerakan Jihad Islam Palestin tetapi sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah tentera.
Tentera Israel menyerbu rumah penduduk Palestin setiap hari dengan sengaja, kata Gabenor Jenin Kamal Abu Robb sambil mengutuk serbuan tentera Israel ke atas kem pelarian itu.
"Israel cuba menghapuskan penentangan bersenjata di Jenin tetapi mereka tidak akan berjaya melakukannya," kata jurucakap Gerakan Penentangan Islam Palestin (Hamas) Hazem Qassem dalam satu kenyataan.
Sejak Januari seramai 111 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur termasuk wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Tentera Israel menyerbu rumah penduduk Palestin setiap hari dengan sengaja, kata Gabenor Jenin Kamal Abu Robb. - Gambar fail/ Reuters

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

60 rakyat Palestin terkorban, angka korban di Gaza melebihi 37,700
Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kekejaman Zionis: 77 rakyat Palestin terkorban dalam 24 jam lalu
Serangan Israel membunuh 77 rakyat Palestin di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.

4,651 rakyat Palestin mangsa korban Israel sejak 7 Oktober
Jumlah berkenaan merangkumi 1,873 kanak-kanak, 1,101 (wanita) dan 1,677 (lelaki).

Dua rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan di Tebing Barat
Dua rakyat Palestin terbunuh manakala 12 lagi cedera pada Sabtu ketika tentera Israel melakukan serbuan ke atas sebuah kem pelarian di bandar Jenin utara Tebing Barat, lapor Xinhua.