DUBLIN: Kongres Kentang Sedunia ke-11 yang dianjurkan di sini pada Isnin, menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Xinhua menurut penganjur.
Ia kali pertama diadakan secara bersemuka sejak pandemik COVID-19.
Sepanjang acara empat hari itu, para perwakilan akan membincangkan cabaran dan peluang dalam perniagaan kentang, kesihatan dan pemakanan, inovasi, kelestarian, keselamatan dan pembangunan makanan.
Pelbagai produk kentang serta teknologi dan peralatan berkaitan kentang juga akan dipamerkan pada acara yang diadakan di Royal Dublin Society, lokasi utama untuk menganjurkan aktiviti berskala besar di ibu negara Ireland.
Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Qu Dongyu, berkata kongres itu "berlangsung pada masa kritikal apabila seluruh dunia mesti menangani masalah keselamatan makanan, rantaian bekalan global di samping memastikan sistem pertanian makanan yang mampan, tanpa mengabaikan sesiapa."
Dianjurkan oleh Persekutuan Kentang Ireland, acara itu juga akan membawa para perwakilan mengikuti lawatan lapangan ke beberapa ladang kentang tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Ia kali pertama diadakan secara bersemuka sejak pandemik COVID-19.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

Dublin anjur Kongres Kentang Sedunia
Kongres Kentang Sedunia ke-11 menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia.