KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Islam dan dunia Arab menghantar perutusan tahniah masing-masing atas kemenangan Recep Tayyip Erdogan mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pusingan kedua pilihan raya presiden Turki pada Ahad.
Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dalam panggilan telefon kepada Erdogan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dan mendoakan Turki di bawah kepimpinan Erdogan semakin pesat membangun.
Erdogan turut merakamkan ucapan penghargaan beliau dan berharap agar kerjasama dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara dapat diperkukuh dalam mencapai kemaslahatan bersama demi kesejahteraan serantau, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).
Di Arab Saudi, Penjaga Dua Kota Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah baginda berkata: "Tahniah kerana mendapat mandat sekali lagi daripada rakyat sebagai Presiden Turki bagi penggal kedua.
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud turut mendoakan Erdogan dan Turki, "Semoga hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama akan terus utuh," menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).
Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang dipetik WAFA, agensi berita rasmi negara itu turut menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada Erdogan dan menyatakan penghargaan kepada sokongan kerajaan Turki kepada perjuangan rakyat Palestin selama ini.
Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa pula bertitah: "Tahniah kerana mendapat mandat sekali lagi daripada rakyat sebagai Presiden Turki bagi penggal kedua.
"Semoga hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama akan terus utuh," titah baginda dalam perutusan tahniah sempena kemenangan Erdogan, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).
Selain itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha di akaun Twitter rasminya hari ini, pada Isnin, turut mengutuskan ucapan tahniah atas kejayaan Erdogan mempertahankan jawatan presiden Turki, di samping mendoakan kemajuan republik berkenaan.
Turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah, termasuk Raja Jordan Raja Abdullah II, Sultan Oman Sultan Haitham bin Tariq Al Said dan Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Jaber Al Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Erdogan (foto) merakamkan ucapan penghargaan beliau dan berharap agar kerjasama yang terjalin dapat diperkukuh dalam mencapai kemaslahatan bersama demi kesejahteraan serantau. -Gambar fail/Bernama

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes

Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.

Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.

Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.

Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.