BEIJING: Masyarakat antarabangsa disaran menghormati kedaulatan Myanmar, dan menyokong semua pihak di Myanmar meleraikan perselisihan serta meneruskan proses peralihan politik melalui dialog politik di bawah rangka perlembagaan dan undang-undang.
Demikian kata Menteri Luar China, Qin Gang, ketika bertemu utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Myanmar, Noeleen Heyzer di sini, pada Isnin.
Beliau yang juga ahli Dewan Negara memberitahu bahawa selaku jiran, China berharap Myanmar dapat mewujudkan kestabilan dan pembangunan.
"Dengan unsur dalaman dan luaran yang saling berkaitan, isu Myanmar menjadi amat rumit dan tidak mempunyai penyelesaian segera.
"Masyarakat antarabangsa harus menghormati usaha pengantaraan ASEAN dan menggalakkan pelaksanaan 'Konsensus Lima Perkara' mengenai Myanmar," kata Qin.
Beliau juga menekankan peri pentingnya untuk bertindak secara berhati-hati dan pragmatik bagi mencegah percanggahan bertambah buruk sehingga mewujudkan limpahan krisis.
"China akan terus menyokong dan membantu misi pengantara utusan khas Myanmar," tambah Qin.
Heyzer dalam ucapan berkata bahawa usaha menyelesaikan isu Myanmar harus diterajui Myanmar sendiri dan aspirasi rakyat negaranya harus dihormati.
"PBB menghargai peranan penting China dalam mendorong penyelesaian isu Myanmar serta berharap China terus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan Myanmar," kata duta khas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Qin Gang berharap Myanmar dapat mewujudkan kestabilan dan pembangunan. -Reuters
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
PM Anwar bertemu pemimpin EU untuk perkukuh hubungan Malaysia-EU, kerjasama serantau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di sini pada Isnin.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pelantikan Trump
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Pertikaian Laut China Selatan: Kod Tatalaku masih di peringkat awal - Mohamad
Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.