NAIROBI: Masyarakat dunia sudah tiada masa untuk merancang dan mencari penyelesaian dalam isu perbandaran kerana hakikatnya dunia mengalami krisis terbesar yang dihadapi secara serentak.
Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Shariff menggesa semua komuniti untuk bertindak segera menyelesaikan isu berkaitan perubahan iklim, krisis berganda akibat COVID-19 dan isu kewangan yang mendesak.
Justeru Perhimpunan UN-Habitat yang bermula Isnin sehingga 9 Jun depan di sini, akan menjadi platform untuk peserta di pelbagai peringkat untuk mencapai resolusi bersama berteraskan lima fokus utama.
Menurut Maimunah fokus utama itu ialah perumahan, perubahan iklim, melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan, krisis-krisis semasa serta isu kewangan dan pendanaan.
Maimunah menegaskan, pelbagai krisis yang kompleks yang dihadapi dunia pada hari ini telah memperlahankan usaha untuk mencapai SDG.
“Kita cuma ada masa tujuh tahun sahaja lagi sebelum kita sepatutnya mencapai sasaran SDG pada 2030, tetapi adakah kita dapat mencapainya?.
“Kalau dirujuk Laporan Bandar Dunia yang dikeluarkan, impak COVID-19 telah menyebabkan pertambahan 164 juta orang jatuh miskin pada 2021 berbanding 114 juta orang pada 2020. Ini satu peningkatan yang mendadak.
“Begitu juga kita melihat kesan perubahan iklim yang begitu jelas pada hari ini. Dengan banjir, cuaca panas yang berpanjangan, tanah runtuh dan sebagainya, adakah kita mampu untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan?," katanya di sini.
Perhimpunan UN-Habibat yang merupakan platform perbincangan tertinggi dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan isu perbandaran dan penempatan, akan menyaksikan penglibatan lebih 5,000 peserta pelbagai peringkat termasuk lebih 83 menteri dari 193 negara anggota.
Kali terakhir perhimpunan ini dianjurkan ialah pada tahun 2019.
Dzulfitri Yusop
Mon Jun 05 2023

Maimunah menggesa semua pihak untuk bertindak segera menyelesaikan isu berkaitan perubahan iklim, krisis berganda akibat COVID-19 dan isu kewangan yang mendesak. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Perhimpunan UN-Habitat dibuka dengan seruan untuk mencipta bandar lebih lestari
Persidangan UN-Habitat kedua (#UNHA2), dibuka dengan seruan untuk pembangunan bandar lestari dan multilateralisme yang berkesan bagi mencipta bandar yang lebih baik, lestari dan tahan krisis.

Pra-UNHA: Isu dana dan pembiayaan jadi perdebatan hangat
Isu kewangan bagi membiayai masalah perbandaran dan penempatan mencuri perhatian dalam sesi meja bulat perniagaan pada pra-Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) kedua yang berlangsung di Nairobi.

Dunia sudah tiada masa, Perhimpunan UN-Habitat fokus 5 perkara utama untuk bertindak
Masyarakat dunia sudah tiada masa untuk merancang dan mencari penyelesaian dalam isu perbandaran kerana hakikatnya dunia mengalami krisis terbesar yang dihadapi secara serentak.