Angkatan tentera Mesir mengeluarkan beberapa keping imej berupa serpihan pesawat EgyptAir MS804 yang dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat malang tersebut.
Antara serpihan yang dijumpai termasuk jaket keselamatan, bahagian kerusi, serpihan logam dan beberapa objek yang secara jelas tertulis EgyptAir.
Kesemua serpihan tersebut dijumpai di perairan Laut Mediterranean.
Berikut adalah imej-imej yang dimuat naik dalam akaun Facebook jurucakap Angkatan Tentera Mesir:
Pesawat EgyptAir membawa 56 penumpang, tujuh anak kapal dan tiga pengawal keselamatan ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah hilang dari radar pada Khamis lalu.
Laporan mengatakan ia menjunam dan berpusing secara tiba-tiba pada ketinggian 22,000 kaki di Laut Mediterranean.
Penyiasatan awal akan dikeluarkan dalam masa sebulan
Sementara itu, Ketua Pasukan Penyiasat Nahas EgyptAir dari Mesir, Ayman al-Moqadem berkata laporan awal nahas berkenaan akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan selepas nahas tersebut berlaku.
Ini kerana, pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul segala bukti dan melakukan siasatan terperinci berhubung punca nahas tersebut berlaku.
Terbaharu, portal berita CNN melaporkan isyarat amaran asap dikeluarkan dalam pesawat EgyptAir penerbangan MS804 beberapa minit sebelum ia terhempas di laut Mediterranean pada Khamis, lapor CNN.
Menurut data yang diterbitkan di laman industri penerbangan Aviation Herald, amaran tersebut dikesan di bahagian tandas dan bahagian elektrik sebelum pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada skrin radar.
Data berkenaan dilapor diterima daripada sistem komunikasi pesawat, ACARS.
Agensi
Sun May 22 2016
Antara serpihan daripada pesawat EgyptAir MS804. - Foto Facebook Angkatan Tentera Mesir
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
EgyptAir MS804: Tentera Mesir siarkan imej serpihan pesawat
Antara yang dijumpai termasuk jaket keselamatan, bahagian kerusi, serpihan logam dan beberapa objek yang secara jelas tertulis EgyptAir.