CARACAS: Amerika Syarikat (AS) berdepan cabaran sukar untuk membawa ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai 'Fat Leonard' yang ditahan di Venezuela kembali ke negara itu.
Biar pun Washington dan Caracas mempunyai perjanjian ekstradisi yang terhad, pentadbiran Presiden Joe Biden tidak mengiktiraf kerajaan sosialis pimpinan Presiden Nicolas Maduro.
Malah, AS yang sebelum ini mengenakan sekatan ke atas Venezuela juga secara rasmi tidak mempunyai kedutaan di negara berkenaan.
Kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara kedua-dua negara jarang berlaku, selain itu masih tiada maklumat segera mengenai bilakah Francis mungkin diekstradisi ke AS.
Berita penahanan Francis dilaporkan sehari sebelum tarikh dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah dan konspirasi di mahkamah persekutuan San Diego.
Selama lebih 10 tahun, Francis mendalangi pelbagai skim rasuah, di mana pegawai Tentera Laut AS diberi hadiah, wang tunai dan seks, apabila mereka membantu perniagaan perkhidmatan perkapalan Francis yang mengawal pelabuhan di seluruh Asia Tenggara.
Skim itu merompak sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM160 juta) wang pembayar cukai dan membawa kepada sabitan hampir 36 pegawai tentera laut AS.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Interpol Venezuela, Carlos Garate Rondon dalam satu kenyataan di Instagram memberitahu bahawa Francis mahu menghapuskan jejaknya dengan lari ke Rusia.
Menurut Rondon, Francis memilih Rusia kerana percaya pihak berkuasa AS 'tidak boleh menyentuhnya' jika dia mendarat di negara berkenaan.
Francis berjaya ditahan semula pada Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di luar Caracas selepas berjaya menyeberangi sempadan Mexico dan Cuba.
Tambah Rondon, Francis akan diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman negara itu untuk memulakan prosiding ekstradisi.
Sementara itu, Greg Rinckey, bekas peguam tentera berkata, beliau percaya Francis dalam usaha untuk melepaskan diri daripada bidang kuasa Perkhidmatan Marsyal AS dengan bermain taktik muslihat menggunakan beberapa negara.
"Nampaknya mereka menangkapnya tepat pada masanya. Jika dia berjaya ke Rusia, saya tidak percaya Rusia akan menyerahkannya kepada kami," kata Rinckey.
Sebelum ini, Francis ditahan di sebuah hotel di San Diego dalam satu serbuan pihak berkuasa persekutuan pada 2013.
Selepas membuat pengakuan bersalah dan berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang, Francis dibebaskan atas faktor kesihatan dan dikenakan tahanan rumah sejak 2018.
Namun, Francis melarikan diri pada awal bulan ini selepas memotong alat pengawasan GPS yang dipasang pada bahagian buku lalinya. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Sat Sep 24 2022

Francis ditahan pihak Interpol Venezuela di Caracas pada Selasa lalu dan dipercayai mahu melarikan diri ke Rusia. -AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

'Fat Leonard' mahu dapatkan suaka politik di Venezuela
Leonard Glenn Francis telah ditangkap pada 21 September di lapangan terbang antarabangsa di luar Caracas.

Ekstradisi 'Fat Leonard' mungkin ambil masa
Biar pun Washington dan Caracas mempunyai perjanjian ekstradisi yang terhad, pentadbiran Presiden Joe Biden tidak mengiktiraf kerajaan sosialis pimpinan Presiden Nicolas Maduro.