WASHINGTON: Fenomena El Nino bukan sahaja menimbulkan beban kewangan malah menyebabkan penduduk dunia hilang pendapatan, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman memetik penyelidikan terbaharu.
El Nino menyebabkan pemanasan air permukaan di timur Lautan Pasifik yang mengubah arus udara dan air di seluruh dunia.
Penyelidik di Dartmouth College Amerika Syarikat yang mengkaji aktiviti ekonomi global dalam beberapa dekad berikutan peristiwa El Nino 1982-83 dan 1997-98, mendapati pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dengan ketara lima tahun selepas setiap kejadian.
Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Science, mendapati ekonomi global merosot masing-masing US$4.1 trilion dan US$5.7 trilion dalam setengah dekad selepas setiap peristiwa, kebanyakannya terpaksa ditanggung oleh negara termiskin di dunia di kawasan tropika.
Penyelidik Justin Mankin dan Christopher Callahan mengunjurkan bahawa kerugian ekonomi global untuk Abad ke-21 dianggarkan berjumlah US$84 trilion ekoran perubahan iklim berpotensi meningkatkan kekerapan dan kekuatan El Nino.
El Nino yang dijangkakan pada 2023 boleh menjejaskan US$3 trilion ekonomi global menjelang 2029.
"Kita boleh mengatakan dengan pasti bahawa masyarakat dan ekonomi bukan hanya terjejas dan kemudiannya pulih.
"Sebaliknya di kawasan tropika dan tempat yang mengalami kesan El Nino, pertumbuhan didapati tertangguh sekurang-kurangnya lima tahun," kata Callahan.
Menurut Mankin anggaran kos pemanasan global perlu merangkumi kesan El Nino.
"Kebajikan kita terjejas oleh ekonomi global dan ekonomi global pula terikat dengan iklim.
"El Nino meningkatkan ketidaksamaan yang lebih meluas dalam perubahan iklim, memberi kesan yang tidak seimbang kepada golongan yang paling mudah terjejas dan tidak bersedia dalam kalangan kita," katanya.
El Nino lazimnya membawa kemarau teruk di Australia, sebahagian Afrika dan Amerika Selatan dan hujan lebat di sepanjang pantai Pasifik Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

El Nino menyebabkan pemanasan air permukaan di timur Lautan Pasifik yang mengubah arus udara dan air di seluruh dunia. -Gambar fail/Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.

Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.

Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.

Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.

El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.

Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.

Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.

El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.

Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.

Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.