Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".
Artikel itu mendorong peletakan jawatan editor bahagian komentar akhbar tersebut sebagai tanda protes.
Musk juga menolak gambaran AFD sebagai parti ekstremis sayap kanan.
Beliau mendakwa pemimpin parti, Alice Weidel, mengamalkan kehidupan songsang yang menurutnya bertentangan dengan stereotaip ekstremis.
Agensi perisikan domestik Jerman mengklasifikasikan AFD sebagai kes disyaki berkaitan ekstremisme sejak 2021.
Sokongan terbuka Musk terhadap parti itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat dan media.
Editor, Eva Marie Kogel, meletakkan jawatan selepas artikel tersebut diterbitkan.
Beliau mengumumkan keputusannya di platform X, dengan pautan ke artikel berkenaan.
Sokongan Musk terhadap AFD hadir ketika Jerman bersiap menghadapi pilihan raya pada 23 Februari, selepas kejatuhan kerajaan gabungan pimpinan Olaf Scholz.
AFD kini di tempat kedua dalam tinjauan pendapat, dengan potensi menghalang majoriti gabungan kanan-tengah atau kiri-tengah.
Namun, parti arus perdana Jerman menegaskan tidak akan menerima sokongan AFD di peringkat nasional.