BILIONAIR Elon Musk menamakan Linda Yaccarino sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Twitter, hanya lebih daripada enam bulan selepas pengambilalihan kontroversi beliau terhadap syarikat platform media sosial tersebut, lapor portal berita BBC.
Menurut Musk, Yaccarino yang juga bekas ketua bahagian pengiklanan di konglomerat media terkemuka Amerika Syarikat (AS), NBCUniversal itu akan mengawasi operasi perniagaan di laman web tersebut yang sedang bergelut menjana keuntungan.
Kata Musk, Yaccarino akan memulakan tugasnya dalam tempoh enam minggu.
Sementara Musk pula akan memberi tumpuan pada tugasnya sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi.
"Menunggu peluang untuk bekerjasama dengan Linda untuk mengubah platform ini menjadi X, aplikasi segala-galanya," tulis Musk dalam hantarannya di Twitter, mengesahkan keputusan tersebut sehari selepas beliau mencetuskan spekulasi dengan berkongsi berita telah menemui bos baharu Twitter tanpa mendedahkan identiti personaliti itu.
Musk yang membeli Twitter tahun lalu pada harga AS$44 bilion berhadapan dengan tekanan untuk mencari seseorang yang lain untuk memimpin syarikat itu bagi membolehkannya memberi tumpuan pada perniagaan-perniagaan beliau yang lain termasuk pengeluaran kereta elektrik Tesla serta syarikat kapal angkasa, SpaceX.
Yaccarino merupakan graduan dari Pennsylvania State University yang pernah berkhidmat di Turner Entertainment selama 15 tahun sebelum menyertai NBCUniversal.
Bersama NBCUniversal, beliau mengawasi kira-kira 2,000 orang dan terlibat dalam pelancaran perkhidmatan penyiaran dalam talian organisasi media itu.
Kerja Yaccarino digambarkan sebagai individu yang bekerjasama rapat dengan jenama-jenama besar untuk mencari peluang menempatkan dan meyakinkan jenama-jenama itu untuk mengiklankan produk-produk mereka di program televisyen termasuk bersama program popular Sex and the City ketika pertama kali dilancarkan.
Profil pada tahun 2005 dalam sebuah penerbitan industri pula memberi gambaran beliau sebagai seorang ibu yang sibuk yang berkahwin serta mempunyai dua orang anak, ketika itu berumur 13 dan 9 tahun.
"Saya benar-benar tidak mempunyai hobi," katanya ketika itu.
Agensi
Fri May 12 2023

Linda Yaccarino yang juga bekas ketua bahagian pengiklanan di konglomerat media terkemuka Amerika Syarikat (AS), NBCUniversal diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Twitter. - Gambar Instagram

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Nilai X dilapor susut hampir 80% sejak dibeli Elon Musk
X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk kebebasan bersuara.

Elon Musk umum Linda Yaccarino sebagai CEO baharu Twitter
Bekas pegawai eksekutif NBCUniversal itu akan mengawasi operasi perniagaan di laman web tersebut yang sedang bergelut menjana keuntungan.