RABU, 18 Mac 2020 menjadi hari pertama wilayah Wuhan, China tidak mencatat sebarang kes jangkitan baharu COVID-19 sejak wabak itu mula-mula tercetus pada Disember tahun lepas.
Wuhan menjadi titik tengah penularan wabak itu sehingga ke seluruh dunia yang kini sudah menjangkiti lebih daripada 270,000 orang di 184 buah negara dan wilayah, membunuh lebih 11,200 nyawa namun pada masa sama 90,000 kes berjaya disembuhkan.
Tiga bulan menderita, akhirnya Wuhan dapat menarik sedikit nafas lega hasil usaha bersama mereka dari barisan hadapan perubatan sehinggalah kerjasama seluruh rakyat wilayah tersebut.
Bagaimana mereka dapat mengekang penularan wabak yang sangat mudah menjangkiti sistem pernafasan manusia itu? Ini empat langkah yang diambil serius oleh kerajaan China dan rakyatnya yang PATUT KITA IKUTI.
1. Penjarakan sosial secara agresif
- Wuhan mengenakan sekatan ketat kepada seluruh penduduknya. Ini amat mustahak untuk dipatuhi kerana menjarakkan diri daripada mengadakan kontak fizikal dengan sembarangan orang dapat memutuskan rantaian jangkitan. Walaupun kita merasakan diri kita sihat walafiat, ketahuilah bahawa virus itu boleh dibawa oleh tubuh kita dan menjangkiti orang lain, walaupun sebelum tubuh kita menunjukkan sebarang simptom.
2. Pemeriksaan meluas
- Ada kelompok yang enggan membuat pemeriksaan walaupun ada sejarah pertemuan dengan kelompok suspek, kerana (sepertimana dikatakan tadi) merasakan diri masih sihat. Jika anda pernah menyertai mana-mana perhimpunan yang didapati dihadiri pembawa virus, tolong tampil dan buat pemeriksaan.
3. Bersedia dengan lonjakan jumlah pesakit
- Wuhan segera membina beberapa kompleks hospital baharu untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19 di wilayah itu. Ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan dan persediaan awal perlu dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bekalan perubatan, jumlah kekuatan kakitangan serta ruang merawat pesakit menjadi perkara utama yang perlu diurus sebaiknya.
4. Perintah kawalan pergerakan sesegera mungkin
- Ini bahagian yang amat memerlukan kerjasama rakyat khususnya. Kerajaan sudah mengeluarkan perintah, dan ianya perlu dipatuhi semua lapisan masyarakat tidak kira siapa. Misi besar kita memenangi perperangan melawan wabak ini bermula dengan usaha memutuskan rantaian jangkitan.
Pastinya keempat-empat tindakan ini sudah diuar-uarkan secara meluas di pelbagai platform, namun masih ramai yang memandang mudah kepentingan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar berkuat kuasa mulai 18 Mac tempoh hari.
Tak perlu tunggu sampai angka kematian mencecah ribuan nyawa baru mahu mula bertindak. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah, kita tidak mahu nasi menjadi bubur. Sekiranya semua bersatu dan memberi kerjasama penuh terhadap usaha yang dijalankan, mudah-mudahan wabak ini akan segera hilang dari muka bumi bertuah Malaysia ini.
Israr Khalid
Sat Mar 21 2020
Wuhan semakin pulih, hasil kerjasama seluruh rakyatnya. - Gambar fail.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Proklamasi darurat: Tingkat kecekapan dan pengurusan kawalan COVID-19 - Marzuki
Strategi dan tindakan diambil bagi membendung pandemik COVID-19 ekonomi dengan penglibatan banyak pihak termasuk pakar dan pembangkang
Empat langkah Wuhan berjaya bendung COVID-19
Semua langkah diperlukan sudah dilaksana Malaysia, cuma kini keberkesanannya bergantung harap kepada kerjasama seluruh rakyat negara ini.