PATTANI: Empat anggota keselamatan maut manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam satu serangan hendap di Yarang, Pattani, Selatan Thailand.
Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin, pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Ketua Polis Yarang Kol Pol. Somprach Kankanon berkata kumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di tepi jalan telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang menaiki sebuah trak pikap polis dan sebuah motosikal.
"Sebutir bom buatan sendiri juga diletupkan. Ini menyebabkan kesemua lapan anggota keselamatan cedera. Mereka digegaskan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. Dua anggota polis dan dua lagi anggota sukarelawan pertahanan yang cedera parah meninggal dunia di hospital.
"Selain itu, lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam insiden berbalas tembakan dan letupan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat kejadian pada Selasa.
Tambahnya penyerang turut meletupkan beberapa tiang elektrik berdekatan tempat kejadian.
"Letupan itu bertujuan melambatkan bantuan tiba serta gerakan memburu penyerang," katanya.
Pasukan keselamatan turut menemui lebih 100 kelongsong peluru di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Kumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang menaiki trak pikap dan motosikal, mengakibatkan empat maut manakala sembilan cedera. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.

Banjir di selatan Thailand: Dua terkorban, ribuan terjejas berpindah
Banjir di wilayah selatan Thailand dilaporkan telah mengakibatkan kehilangan dua nyawa penduduk tempatan pada Khamis.

Pattani akan dinaik taraf sebagai Bandar Ketam Laut
Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) akan menaik taraf Pattani di selatan Thailand sebagai "Bandar Ketam Laut".

MAIWP ingatkan pasangan Malaysia sindiket dokumen nikah palsu di selatan Thailand
Majlis Agama Islam Wilayah Pattani (MAIWP) mengingatkan pasangan dari Malaysia yang mahu menikah di Selatan Thailand supaya berwaspada dengan sindiket yang menggunakan dokumen palsu pihak berkuasa.

Banjir di wilayah selatan Thailand menunjukkan tanda-tanda pemulihan
Keadaan di kawasan banjir di selatan Thailand menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila air mula surut di Narathiwat, Yala dan Pattani.

Empat maut, sembilan cedera dalam serangan hendap di Pattani
Pasukan keselamatan yang sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.

Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Lebih 200,000 isi rumah terjejas akibat banjir di selatan Thailand
Keadaan banjir di sembilan wilayah di selatan Thailand bertambah buruk apabila jumlah isi rumah terjejas meningkat kepada lebih 200,000, dengan tujuh kematian dilaporkan.

Seorang anggota polis maut, tiga lagi cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Seorang anggota polis maut manakala tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom berdekatan sebuah hospital di Mai Kaen di Pattani.