JAKARTA: Pasukan penyelamat di wilayah Jawa Tengah menggunakan pam bagi mengeluarkan air demi menyelamatkan sekurang-kurangnya lapan pelombong yang terperangkap sedalam 60 meter di lombong emas haram Pancurendang di pinggir Ajibarang, Banyumas sejak Rabu.
Pasukan penyelamat Indonesia telah menggunakan enam mesin pam pada Khamis untuk menurunkan paras air.
"Kami akan melakukan penilaian lanjut apabila pintu masuk air ditutup, dan takungan menjadi kering," kata ketua pejabat mencari dan menyelamat Cilacap Adah Sudarsa dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Polis Banyumas Edy Suranta Sitepu berkata operasi melombong di kawasan itu adalah haram.
"Permohonan permit mereka masih belum diluluskan oleh Pejabat Tenaga dan Sumber Mineral Jawa Tengah sejak 2021," katanya.
Tahun lalu, seorang pesara pegawai tinggi polis menekankan amalan perlombongan haram berlaku di hampir semua wilayah Indonesia seperti Sumatera, Kalimantan, Papua, Sulawesi, Jawa, Nusa Tenggara, dan Maluku.
Inspektor Jeneral Drs. Royke Lumowa berkata aktiviti perlombongan emas secara haram di Gunung Botak, di Buru, Maluku, telah menyebabkan kerosakan alam sekitar, isu keselamatan dan masalah kesihatan dalam kalangan pelombong.
"Kesan perlombongan haram terhadap alam sekitar dapat dilihat daripada tahap pencemaran yang tinggi dan pencemaran merkuri dan sianida dalam pengairan pertanian di sekitar Gunung Botak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Pasukan penyelamat Indonesia telah menggunakan enam mesin pam pada Khamis untuk menurunkan paras air. -Gambar fail/AP

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
JBPM Perak menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.

Pelajar lemas ketika memancing di lombong
Mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam.

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.

Penduduk Kampung Jerai minta henti projek pasir
Laluan keluar masuk didakwa dekat dengan kediaman dan menyebabkan kekotoran serta gangguan pernafasan akibat pencemaran debu yang tebal.

Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas
Mangsa telah berjaya dijumpai oleh anggota kira-kira 1.5 meter dari tebing pada jam 1.33 pagi, Rabu.

Enam mesin pam digunakan dalam operasi menyelamat 8 pelombong
Pasukan penyelamat Indonesia telah menggunakan enam mesin pam pada Khamis untuk menurunkan paras air.

UPNP gempur lokasi perlombongan bauksit tanpa lesen
Anggota Pasukan Elit UPNP yang sedang melakukan rondaan di sekitar daerah Kuantan ternampak aktiviti berkenaan pada jam 2.15 petang.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala di lombong
JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.32 tengah hari sebelum anggota dari BBP Bidor dikerah ke lokasi.

Suspek kes pengubahan wang haram meninggal dunia
Seorang suspek yang ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram berkaitan perlombongan tanpa permit di Pahang meninggal dunia.