SINGAPURA: Singapore Scoot mengesahkan berlaku satu insiden membabitkan penerbangan TR285 dari Bali ke Singapura pada Isnin (14 Nov) mengakibatkan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu terpaksa mendarat menerusi percubaan kedua di Lapangan Terbang Changi.
"Disebabkan kelakuan tidak terkawal sekumpulan penumpang termasuk keengganan memasang tali pinggang keledar semasa mendarat, kapten kami mengambil langkah sewajarnya demi keselamatan penerbangan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan sebagai respons terhadap video TikTok mengenai insiden itu.
Scoot memaklumkan penerbangan itu mendarat dengan selamat semasa percubaan kedua di Lapangan Terbang Changi dan penumpang yang terlibat diiring keluar dari pesawat oleh pihak berkuasa lapangan terbang bagi siasatan lanjut.
Menurut Unit Singapore Airlines: "kesejahteraan pelanggan dan kakitangan menjadi keutamaan dan pihaknya tidak membenarkan sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan."
Scoot memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana penumpang yang mungkin membahayakan keselamatan pelanggan dan kakitangannya.
"Scoot dengan ikhlas memohon maaf atas gangguan dan kesulitan yang berlaku kepada pelanggan kami. Memandangkan siasatan masih dijalankan, kami menggalakkan orang ramai untuk mengelak membuat spekulasi," menurut kenyataan itu.
Dalam video itu, satu pengumuman dipercayai dibuat oleh Kapten memaklumkan penumpang bahawa beliau memutuskan terpaksa melengahkah pendaratan dan akan membuat percubaan kali kedua untuk mendarat.
"Ini kerana saya dimaklumkan bahawa kita masih mempunyai penumpang yang gagal memakai tali pinggang keledar dengan selamat.
"Kami secara sah tidak boleh mendaratkan pesawat jika keadaan di kabin tidak selamat," menurut pengumuman itu.
Menurut pengumuman itu lagi: "Kami kini terpaksa melakukan percubaan kali kedua untuk mendarat dan jika tidak berjaya atas sebab yang sama polis lapangan terbang akan mengambil tindakan yang perlu terhadap mereka yang terlibat."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022

Scoot memaklumkan penerbangan itu mendarat dengan selamat semasa percubaan kedua di Lapangan Terbang Changi.- Gambar hiasan/REUTERS

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

Enggan pakai tali pinggang keledar, pendaratan penerbangan Bali-Singapura tertangguh - Scoot
Singapore Scoot mengesahkan berlaku insiden membabitkan penerbangan dari Bali ke Singapura pada Isnin mengakibatkan pesawat miliknya terpaksa mendarat menerusi percubaan kedua.