ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Ahad membincangkan bidaan Sweden menyertai NATO bersama rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melalui panggilan telefon menjelang sidang kemuncak perikatan itu minggu ini.
Biden, bagi pihaknya menyampaikan kepada Erdogan hasratnya untuk mengalu-alukan Sweden ke dalam NATO secepat mungkin, menurut kenyataan Rumah Putih, lapor Xinhua.
Sweden dan Finland memohon untuk menyertai NATO tahun lepas tetapi mendapat bantahan Turki atas alasan kedua-dua negara itu melindungi ahli Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan pergerakan Gulen.
Turki akhirnya menarik balik bantahannya terhadap keanggotaan Finland dalam NATO awal tahun ini selepas Helsinki mengambil apa yang disifatkan Ankara "langkah konkrit" terhadap organisasi itu. Pada April, Finland menjadi negara anggota ke-31 NATO.
Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan kedudukan Ukraine dalam NATO, penghantaran jet tempur F-16 dan usaha Turki untuk menyertai EU, menurut kenyataan pejabat Erdogan.
Semasa panggilan telefon, Erdogan menyatakan "Sweden telah mengambil beberapa langkah ke arah yang betul" ke arah pengesahan bidaan NATOnya dengan membuat perubahan dalam perundangan antikeganasannya, menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, pemimpin Turki itu berkata langkah berkenaan "dibatalkan" kerana penyokong PKK "terus mengadakan demonstrasi secara bebas di negara itu untuk menyokong keganasan".
Erdogan juga menegaskan bahawa adalah tidak betul untuk mengaitkan pembelian F-16 Turki dari Amerika Syarikat dengan bidaan NATO Sweden, merujuk kepada beberapa bantahan daripada Kongres AS terhadap permintaan Ankara untuk pembelian F-16 berhubung veto keanggotaan NATO Sweden.
Kedua-dua presiden juga bersetuju untuk bersemuka bagi membincangkan hubungan dua hala dan isu serantau secara terperinci pada sidang kemuncak NATO di ibu negara Lithuania, Vilnius pada 11-12 Julai, menurut kenyataan itu.
Mengenai bidaan EU oleh Turki, Erdogan memberitahu Biden bahawa Ankara "amat berprinsip dan jujur" tentang keanggotaan EU, merayu untuk menghidupkan semula proses permohonannya dan berharap mendapat mesej sokongan yang jelas dan kuat daripada negara terkemuka EU pada Sidang Kemuncak Vilnius yang akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Biden menyampaikan kepada Erdogan hasratnya untuk mengalu-alukan Sweden ke dalam NATO secepat mungkin. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).

Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan - Kementerian Pertahanan
Kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, termasuk 878 warga Turkiye dan 24 warga Republik Turki Cyprus Utara.

EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia
Turki melakar kemenangan apabila menewaskan pasukan lawan, Georgia, di Stadium BVB Dortmund, awal pagi Rabu.

Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.

Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.

Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.

Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.

Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine
Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.