Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, menuntut supaya Amerika Syarikat mengekstradisi intelektual Islam Fethullah Gulen, yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa pada Sabtu.
Tegas Erdogan, permohonan Ankara perlu dipertimbangkan Washington berdasarkan hubungan strategik kedua-dua negara.
Kerajaan pimpinan Erdogan mendakwa Gulen, yang hidup dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, sebagai individu yang merancang rampasan kuasa itu.
BACA: Siapa Fethullah Gulen?
Washington dalam pada itu memaklumkan sedia memproses permohonan Ankara untuk mengekstradisi Gulen.
Setiausaha Negara Amerika, John Kerry bagaimanapun memaklumkan Turki perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung penglibatan Gulen dalam rampasan kuasa.
Menurut Kerry, negara itu sedia menyokong proses siasatan berdasarkan undang-undang dan sedia membantu Turki berhubung permohonan ekstradisinya.
Sementara itu Gullen menafikan tuduhan Erdogan ke atasnya.
Kata Gullen selaku individu yang melalui beberapa rampasan kuasa, tuduhan beliau jadi dalang insiden pada Sabtu adalah tidak dapat diterima.
Agensi
Sun Jul 17 2016

Gulen yang hidup dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, sebagai individu yang merancang rampasan kuasa itu. - Foto AFP

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Fethullah Gulen yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa di Turkiye meninggal dunia
Gulen, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di Pennsylvania.

Turki keluar waran tangkap terhadap lebih 500 individu
Turki mengeluarkan arahan waran tangkap untuk lebih 500 individu dalam operasi yang mensasarkan penyokong seorang ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat Fethullah Gulen.

Turki keluar waran tangkap terhadap 42 kakitangan universiti
Polis Istanbul dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendakwa, melancarkan operasi di Universiti Marmara dan menahan 22 ahli akademik serta beberapa individu lain.

Dunia boleh belajar daripada cubaan rampasan kuasa di Turki
Walaupun Turki telah melalui beberapa rampasan kuasa tentera, rampasan terbaru yang dipatahkan oleh kuasa rakyat, belum pernah terjadi sebelum ini.

Erdogan tidak mahu AS melindungi Fethullah Gulen
Dalam acara berasingan sempena Perhimpunan Agung PBB, Erdogan mengulas tentang Fethullah Gulen, perkembangan di Syria dan juga tentang Kesatuan Eropah.

Turki keluar waran tangkap ke atas Fethullah Gulen
Ilmuwan yang berpangkalan di AS itu menjadi sasaran pentadbiran Erdogan kerana dikatakan menjadi perancang utama kudeta 15 Julai lalu.

Berilah kepercayaan kepada Turki - Duta
Pengisytiharan perintah darurat di seluruh negara adalah sejajar dengan perlembagaan Turki dan mematuhi sepenuhnya Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Rampasan kuasa Turki: Ugut diekstradisi, Gulen tempelak Erdogan
Fethullah Gulen menolak cubaan Ankara untuk mengesktradisi beliau dari Amerika Syarikat, dan dengan sinis menyifatkan usaha itu bakal menemui kegagalan.

Lebih 6 ribu ditahan susulan rampasan kuasa di Turki
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berikrar akan terus memburu mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa Sabtu lalu yang menyaksikan lebih 290 orang terbunuh.

Erdogan desak Amerika Syarikat ekstradisi dalang rampasan kuasa
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, menuntut supaya Amerika Syarikat mengekstradisi intelektual Islam Fethullah Gulen, yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa.