Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak sepatutnya ‘melindungi pengganas’ seperti Fethullah Gulen dan aktivitinya perlu diharamkan di seluruh dunia.
Erdogan berkata demikian dalam sesi temu bual dengan Reuters dalam satu sesi berasingan sempena pertemuan pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Gulen, seorang ilmuwan yang berpangkalan di AS, disifatkan Turki sebagai dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa yang digagalkan di negara itu pada Julai lalu.
Sementara itu, tempoh perintah darurat yang diumumkan sejak tercetusnya kudeta itu mungkin disambung oleh Parlimen.
Erdogan juga berkata, Presiden Syria Bashar al-Assad tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada kerajaan peralihan dan integriti wilayah Syria perlu dihormati negara lain.
Mengulas berkenaan Kesatuan Eropah (EU), Erdogan berkata: “Turki telah berpegang kepada janji mengenai proses keahlian EU, iaitu ia bersifat dua hala dan EU juga perlu mengotakan janjinya.
"Kami belum merumuskan proses ini. Kami mahu EU jujur tentang perkara ini,” tegas beliau.
Agensi
Tue Sep 20 2016

Erdogan mengulas tentang Fethullah Gullen, perkembangan di Syria dan juga tentang Kesatuan Eropah. - Gambar fail
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Erdogan tidak mahu AS melindungi Fethullah Gulen
Dalam acara berasingan sempena Perhimpunan Agung PBB, Erdogan mengulas tentang Fethullah Gulen, perkembangan di Syria dan juga tentang Kesatuan Eropah.

Pantau pihak yang kerap petik pendapat ulama Ibn Taimiyyah - Ayob Khan
Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, ia kerana banyak fatwa daripada ulama tersebut diseleweng Daish untuk menjustifikasikan tindakan ganas mereka.

Saya sangat senang dengan Jokowi - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengenali Presiden Joko Widodo sebagai "people's man," atau mengutamakan rakyat, sebelum menjadi presiden lagi.