"Terdapat satu laporan di laman sesawang Majlis Eropah.
"Menurut laporan itu, EU dan negara anggotanya setakat ini memperuntukkan EUR134 bilion untuk menyokong peperangan.
"Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dana pembangunan serantau yang diperuntukkan dalam tempoh semasa.
"Malah, sekitar 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan tujuh tahun EU dibelanjakan untuk perang," kata Domotor di media sosial pada Selasa.
Beliau turut berkata bahawa prospek masa depan lebih membimbangkan kerana Amerika Syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan ketenteraan, manakala gabungan pemerintah dalam Parlimen Eropah tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian, meskipun ekonomi Eropah berada dalam keadaan lembap.
Sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada Februari 2022, negara-negara Barat menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Kyiv.
Rusia secara konsisten memberi amaran bahawa penghantaran senjata oleh Barat hanya akan memanjangkan konflik.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)