JAKARTA: Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) bersedia menyokong negara-negara Asia Tenggara dengan bekerjasama ke arah Komuniti ASEAN yang berdaya tahan terhadap bencana, kata timbalan pengarah Pejabat Kecemasan dan Ketahanan Shukri Ahmed.
Beliau berkata ASEAN, sebagai satu daripada rantau yang kaya dengan sumber pertanian di dunia, turut sesuai untuk memaparkan peri penting melakukan unjuran jangka panjang berkait dengan mata pencarian.
"Bencana alam mampu mencetuskan riak yang menjejaskan kualiti kehidupan, meragut pendapatan dan menjejaskan aspek jaminan keselamatan makanan.
"Mengambil kira aspek ramalan dan unjuran, mampu memastikan negara dapat melindungi kesejahteraan hidup dan menyelamatkan nyawa," katanya menerusi kenyataan dalam laman sesawang Sekretariat ASEAN.
Shukri turut memuji ASEAN berhubung kemajuan ketara dalam membangunkan keupayaan pengurusan bencana serantau yang mendapat sokongan Kesatuan Eropah.
ASEAN sudah pun melancarkan kerangka kerja pelan unjuran dan ramalan berkait pengurusan bencana ke arah pendekatan yang lebih menyeluruh dan inovatif bagi menghadapi sebarang bencana, pada Khamis lalu, di Bali, Indonesia.
Kerangka kerja itu bertujuan memberi inspirasi kepada kerajaan dan rakan kongsinya di seluruh dunia bagi menjuarai visi kerjasama, perpaduan dan aspirasi bagi membentuk Komuniti ASEAN yang berdaya tahan berdepan bencana serta cabaran mendatang, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

FAO bersedia menyokong negara-negara Asia Tenggara dengan bekerjasama ke arah Komuniti ASEAN yang berdaya tahan terhadap bencana.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino
Keadaan itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.

FAO perkukuh kerjasama bidang pertanian dengan Indonesia
Rajendra Aryal berkata CPF menetapkan empat keutamaan strategik untuk membimbing program perkongsian dan sokongan agensi berkenaan.

Krisis makanan global dijangka berlarutan sehingga tahun depan - FAO
FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

Dublin anjur Kongres Kentang Sedunia
Kongres Kentang Sedunia ke-11 menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia.

FAO sedia bantu ASEAN hadapi perubahan iklim
ASEAN turut sesuai untuk memaparkan peri penting melakukan unjuran jangka panjang berkait dengan mata pencarian.

Nuklear Malaysia terima anugerah pencapaian cemerlang dalam pembiakan mutasi tumbuhan
Agensi itu telah dinamakan sebagai antara penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Pembiakan Mutasi Tumbuhan semasa Persidangan Agung ke-65 IAEA.

Indeks Harga Pengguna: Inflasi 4.4 peratus dicatat pada Mei 2021 - Mohd Uzir
Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan 4.4 peratus pada bulan Mei 2021 kepada 123.1 berbanding 117.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Buruh kanak-kanak meningkat 8 juta sejak 2016 - FAO
Ini menjadikan jumlah buruh kanak-kanak di seluruh dunia mencecah 860 juta secara keseluruhannya.