Ringkasan AI
- The Line ialah projek membina bangunan terpanjang dunia di Neom, Arab Saudi, yang akan menempatkan 9 juta penduduk dalam bangunan sepanjang 170 kilometer.
- Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi serta menempatkan 200,000 penduduk dalam 80,000 tempat kediaman apabila siap menjelang 2030.
- The Line akan menempatkan kesemua keperluan asas seperti sekolah, pusat membeli belah, taman awam, hospital, dan banyak lagi dalam satu bangunan, dengan penduduk menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya.
Projek yang dipercayai menelan belanja sehingga $1 trilion ini akan menempatkan 9 juta penduduk dalam bangunan sepanjang 170 kilometer.
Kini menurut laporan Saudi Gazette, pembinaan fasa pertama The Line telah pun dimulakan.
Sejak dua tahun lalu hanya tapak bangunan telah dikorek. Fasa pertama dinamakan Hidden Marina dengan ia adalah sepanjang 2.5 kilometer dan setinggi 500m.
Ia akan menempatkan sebuah pelabuhan untuk kapal dan juga stadium tertinggi dunia yang bakal digunakan Piala Dunia 2034.
Apabila siap kelak, Hidden Marina sahaja akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi atau bersamaan 53 kali ganda keluasan lantai Menara Berkembar PETRONAS.
Ia juga boleh menempatkan 200,000 penduduk dalam 80,000 tempat kediaman apabila siap menjelang 2030.
The Line akan menempatkan kesemua keperluan asas seperti sekolah, pusat membeli belah, taman awam, hospital dan banyak lagi dalam satu bangunan.
Kerana semua setempat, penduduk menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya. -Amanz
]
