SINGAPURA: Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
MPA memaklumkan bahawa kesemua 62 penumpang, termasuk warga Singapura, Malaysia dan Indonesia, antara lain Berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kapal 'MERBAU ERA' yang dalam perjalanan ke Terminal Feri Harbourfront Singapura.
'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut MPA dalam satu kenyataan hari ini.
MPA menerima laporan mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari waktu tempatan di luar pesisir Pulau Kusu.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa MPA, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan Pengawal Pantai Polis (PCG) segera mengerah asset mereka untuk memberi bantuan.
MPA turut mengerahkan bot tunda untuk menunda feri berkenaan.
Kebakaran berjaya dipadamkan enam anak kapal yang kekal berada di atas feri itu sebelum ketibaan SCDF.
Anggota bomba SCDF juga bertindak memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.
"Pada masa ini tiada sebarang kecederaan atau pencemaran dilaporkan. MPA telah menempatkan pegawai di Terminal Feri Harbourfront sekiranya mana-mana penumpang memerlukan sokongan," katanya.
Di samping itu, MPA mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal lain untuk menjauhi lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
![Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683290482_Feridalamperjalana.jpg)
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi. - Foto Facebook MPA
ASEAN 2025 | 7 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738925130_ZeconSolar.jpg)
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).
Latihan TVET homestay diperkenal sokong kepengerusian ASEAN 2025, TMM 2026 - Ahmad Zahid
Kursus khas usahawan dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ‘homestay’ atau inap desa diperkenalkan bagi menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Kadar pengangguran dalam kalangan individu berumur 15 tahun dan ke atas, berkurangan kepada 1.63 juta daripada 1.66 juta yang dicatatkan pada November 2024.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Laos sasar lebih 4.3 juta pelancong asing tahun ini
Laos menetapkan sasaran untuk menarik lebih daripada 4.3 juta pelancong asing pada 2025 sebagai langkah mengukuhkan sektor pelancongan negara.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
![Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728288300_SIswaran.jpg)
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah
Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.
![Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738924595_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini
Di Sarawak, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang.
Kes rasuah di Laos meningkat, kerajaan ambil tindakan tegas
Dalam usaha menghapuskan rasuah, Kerajaan Laos telah mengambil langkah tegas selepas siasatan mendedahkan kerugian kewangan yang besar pada tahun 2024.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
![Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683290482_Feridalamperjalana.jpg)
Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).