SINGAPURA: Singapura pada Khamis mengumumkan Fi Perkhidmatan dan Keselamatan Penumpang (PSSF) serta Levi Penerbangan (AL) yang dikenakan ke atas penumpang Destinasi Asal (OD), berlepas dari Lapangan Terbang Changi, akan dinaikan mulai 1 Nov, 2022.
Dalam kenyataan bersama di sini, Pihak Berkuasa Penerbanan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) berkata fi dan levi ini akan digunakan untuk operasi CAG serta untuk penambahbaikan terminal selain untuk pelan pembangunan akan datang, selain untuk pembangunan dan kawal selia hab udara CAG.
Seperti yang diumumkan pada 2018, kenyataan itu menyebut bahawa PSSF ke atas penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi, yang ditetapkan sebanyak S$35.40 pada 2020, akan dinaikan kepada S$37.90 pada 2021 dan S$40.40 pada 2022.
Ekoran pandemik COVID-19, pelan peningkatan pada 2021 dan 2022 digantung, dan OD PSSF kekal pada S$35.40 sejak 1 April, 2020 sehingga sekarang, katanya.
Mulai 1 Nov, 2022, OD PSSF akan diselaraskan kepada S$40.40 dan akan dinaikkan kepada S$43.40 pada 1 April, 2023, dan kepada S$46.40 pada 1 April, 2024 bagi menampung kos operasi yang lebih tinggi.
Caj Pendaratan, Parkir dan Jambatan Udara (LPA) untuk operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi, dinaikkan .0 peratus pada 1 Nov, 2022 dan tambahan 1.0 peratus lagi pada 1 April, 2023 dan 1 April, 2024 seperti pengumuman sebelum ini.
Selain itu, bagi menyokong operasi CAG, kenyataan itu menyebut bahawa caj PSSF dan LPA juga akan digunakan untuk pelan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur terminal sedia ada yang berterusan di sepanjang tempoh pandemik.
Mulai 1 Nov, 2022, AL bagi penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi, akan dinaikkan sebanyak S$1.90, daripada S$6.10 kepada S$8.00; AL kekal tidak berubah pada S$8.00 bagi 2023 dan 2024, katanya.
AL akan terpakai ke atas penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi sahaja; penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi, serta penumpang pertukaran dan transit, tidak dikenakan bayaran AL," katanya.
Kenyataan itu menyebut AL digunakan untuk membiayai pembangunan hab udara dan fungsi pengawal selia CAAS, yang dijangkakan meningkat selari usaha CAAS untuk membangunkan semula kedudukan Singapura sebagai hab udara global pasca pandemik.
"Ini adalah pelarasan pertama AL, yang diperkenal 13 tahun lepas pada 2009 sebanyak S$6.10," katanya.
Ia menyebut bahawa dengan peningkatan bayaran PSSF dan AL itu, jumlah fi dan levi yang dibayar oleh penumpang OD ke atas tiket yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Nov, 2022 akan meningkat daripada S$52.30 pada masa ini kepada S$59.20 bagi yang membuat perjalanan dari 1 Nov 2022 hingga 31 Mac, 2023, dan seterusnya kepada S$62.20 bagi yang membuat perjalanan dari 1 April, 2023 hingga 31 Mac, 2024, dan S$65.20 bagi mereka yang membuat perjalanan dari 1 April, 2024 hinnga 31 Mac, 2025.
Penumpang yang telah menerima tiket sebelum 1 Nov, 2022 ,tidak perlu membayar fi dan levi yang dinaikkan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Fi dan levi ini akan digunakan untuk operasi CAG serta untuk penambahbaikan terminal selain untuk pelan pembangunan akan datang. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fi, levi di Lapangan Terbang Changi disemak semula mulai 1 Nov
Fi dan levi ini akan digunakan untuk operasi CAG serta untuk penambahbaikan terminal.