Fiji tidak akan membenarkan perkahwinan sejenis selagi kerajaan FijiFirst memerintah negara pulau itu.
Perdana Menteri Fiji Voreqe Bainimarama membuat kenyataan itu semasa merasmikan Subbahagian Raralevu di Tailevu, antara 14 wilayah di Viti Levu, pulau terbesar Fiji pada Isnin.
Menurut stesen penyiar Fiji Broadcasting Corporation (FBC), Bainimarama berkata terdapat banyak perbincangan dalam media sosial berkaitan isu itu dan khabar angin yang membuat spekulasi bahawa beberapa gereja menyokong idea perkahwinan sejenis.
Bainimarama berkata semua orang perlu jelas bahawa Fiji adalah sebuah negara yang takutkan Tuhan dan perkahwinan sejenis tidak akan pernah berlaku di Fiji.
Undang-undang keluarga Fiji tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Sejak 2002, undang-undang itu secara terbuka telah mengharamkan perkahwinan sejenis dan pada awal 2013, Bainimarama menzahirkan penentangan beliau terhadap idea perkahwinan sejenis.
-- BERNAMA-NNN-XINHUA
Bernama
Mon Apr 08 2019
Pada awal 2013, Bainimarama menzahirkan penentangan beliau terhadap idea perkahwinan sejenis. - REUTERS/Fail
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi Isnin.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Gempa bumi 6.7 magnitud landa wilayah Fiji
Gempa bumi dengan magnitud 6.7 menggegarkan wilayah Fiji pada 07:09:14 GMT Sabtu, menurut Tinjauan Geologi AS.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tokyo 2020: Fiji lebar dominasi saingan Ragbi 7s, pertahan pingat emas
Ia merupakan pingat emas kedua Fiji dalam sejarah penampilan dalam saingan Sukan Olimpik, dengan skuad ragbi 7s Fiji melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 12 perlawanan.
Pengasas bersama Google sembunyi di kepulauan Fiji
Larry Page dilaporkan menghabiskan masa ketika pandemik COVID-19 yang belum berakhir dengan bersembunyi di sebuah pulau tropika di Fiji.
Gempa bumi kuat landa kepulauan Fiji
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu yang berpusat di 616 kilometer tenggara dari Laucala, Fiji, berlaku pada 6.28 pagi.
Taufan Yasa: Empat maut, seorang masih hilang di Fiji
Taufan Yasa membawa bersama angin kencang dengan kelajuan sehingga 345 kilometer sejam.
Taufan Yasa badai Fiji, bayi tiga bulan antara yang terkorban
Taufan yang membawa bersama angin kencang itu membadai dengan kelajuan 345 kilometer sejam.