SINGAPURA: Filem The Kashmir Files mengisahkan penghijrahan penganut Hindu dari wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian akan diharamkan di Singapura, lapor CNA hari ini.
Memetik kenyataan bersama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia (MCCY) dan Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik itu, pihak berkuasa telah menilai filem berbahasa Hindi itu yang dianggap tersasar daripada garis panduan filem di Singapura.
"Filem itu disifatkan mempunyai unsur provokasi dan berat sebelah terhadap umat Islam dan gambaran penganut Hindu dianiaya dalam konflik yang masih melanda Kashmir.
"Ia berpotensi mencetuskan permusuhan antara masyarakat, mengganggu perpaduan sosial dan keharmonian agama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama," menurut kenyataan itu.
Di bawah garis panduan filem "sebarang bahan yang memburukkan kaum atau agama di Singapura" adalah tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Filem The Kashmir Files mengisahkan penghijrahan penganut Hindu dari wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian akan diharamkan di Singapura. - Foto REUTERS
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.
"Ingatkan Amerika sahabat kami" - Rakyat Kanada
Langkah terbaru Presiden AS, Donald Trump, yang menaikkan duti eksport Kanada telah mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Kanada.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Ramadan: Keunikan bubur lambuk Masjid India Jalan Duke
Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.
JDT sedia buat pelaburan untuk perkukuh pasukan - Tunku Ismail
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad untuk memperkukuh pasukan Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan perancangan baharu untuk memperbaiki skuad dan terus berbangga dengan perjuangan kelab dalam kejohanan elit Asia.

Filem 'The Kashmir Files' diharamkan di Singapura
Filem The Kashmir Files mengisahkan penghijrahan penganut Hindu dari wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian akan diharamkan di Singapura, lapor CNA hari ini.