KAHERAH: Seorang pakar radiologi, Sahar Saleem mendedahkan mayat mumia Firaun Amenhotep I iaitu pemerintah kedua Dinasti ke-18 di Mesir memiliki dagu yang sempit, hidung kecil dan rambut kerinting, mempunyai gigi yang sangat baik dan secara fizikal menyerupai bapanya.
Salem iaitu profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah berkata, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang telah berjaya membongkar Amenhotep I bukan secara fizikal tetapi secara digital.
Beliau menggunakan teknologi pengimbasan tomografi berkomputer (CT) 3 Demensi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Ia menunjukkan bahawa Amenhotep I berumur kira-kira 35 tahun ketika meninggal dunia, kata Saleem.
Firaun itu juga mempunyai ketinggian kira-kira 169 sentimeter, berkhatan dan terdapat 30 azimat dalam balutannya serta mempunyai lilitan ikat pinggang emas unik dengan manik emas.
Ia mungkin mengejutkan untuk seseorang yang hidup kira-kira 3,500 tahun dahulu kerana Amenhotep I mempunyai gigi yang sangat baik.
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Dec 30 2021

Pakar radiologi dedahkan mayat mumia firaun yang hidup kira-kira 3,500 dahulu itu berkhatan dan dan terdapat 30 azimat dalam balutannya dan mempunyai lilitan ikat pinggang emas unik dengan manik emas. - Foto Sinar Harian
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Firaun Amenhotep I didapati berkhatan
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.