PARIS: Pendaki bebas yang digelar 'French Spiderman' memanjat sebuah bangunan pencakar langkit 48 tingkat di Paris, pada Sabtu.
Alain Robert mahu memenuhi matlamat yang telah ditetapkan untuk dirinya sebaik sahaja mencapai usia 60 tahun.
Robert sempat melambai sejurus menawan puncak bangunan TotalEnergies setinggi 187 meter di daerah perniagaan La Defense, di ibu negara Perancis itu.
"Saya mahu menghantar mesej kepada orang ramai bahawa umur 60 tahun bukanlah apa-apa.
"Anda masih boleh bersukan, aktif, melakukan perkara yang hebat," kata Robert, yang meraikan ulang tahun kelahirannya ke-60 bulan lalu.
"Saya berjanji kepada diri sendiri beberapa tahun lalu bahawa apabila saya mencapai usia 60 tahun, saya akan mendaki menara itu semula kerana 60 tahun melambangkan umur persaraan di Perancis dan saya fikir itu adalah sentuhan yang bagus," katanya kepada Reuters.
Robert, yang telah beberapa kali mendaki menara TotalEnergies, melakukan pendakian untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim.
Dia mula mendaki pada tahun 1975, berlatih di tebing berhampiran kampung halamannya di Valence di selatan Perancis.
Robert melakukan pendakian solo pada tahun 1977 dan dengan pantas menjadi pendaki terbaik.
Sejak itu, dia telah memanjat lebih 150 bangunan tinggi di seluruh dunia, termasuk Burj Khalifa Dubai - bangunan tertinggi di dunia, Menara Eiffel, dan Jambatan Golden Gate di San Francisco.
Robert juga telah ditangkap beberapa kali kerana memanjat tanpa kebenaran.
Dia dikenali kerana tekniknya yang hanya menggunakan tangan kosong, sepasang kasut memanjat serta beg serbuk kapur untuk mengelap peluh.
Astro Awani
Sun Sep 18 2022

Alain Robert memanjat bangunan TotalEnergies di La Defense, Perancis pada 17 September 2022. -REUTERS

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

'French Spiderman' daki bangunan 48 tingkat di usia emas
Alain Robert mahu memenuhi matlamat yang telah ditetapkan untuk dirinya sebaik sahaja dia mencapai usia 60 tahun.