SEOUL: Seorang gadis yang juga peminat tegar kisah jenayah pembunuhan dipenjara seumur hidup selepas menikam sehingga mati seorang tutor bahasa Inggeris.
Pendakwa raya di Korea Selatan memohon hukuman mati ke atas Jung Yoo-jung, tetapi gadis berusia 23 tahun itu merayu hukumannya diringankan kerana mendakwa dia mengalami halusinasi dan pelbagai masalah mental.
Sebelum ini, Yoo-jung mengaku kepada polis bahawa dia membunuh mangsa dengan menyamar sebagai pelajar sekolah menengah kerana rasa ingin tahu perasaan sebagai pembunuh.
Mahkamah Daerah Busan menyelamatkan nyawa Yoo-jung tetapi menolak dakwaannya bahawa pembunuhan dahsyat itu dicetuskan oleh penyakit mental, memandangkan jenayah tersebut telah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti, kata Hakim Kim Tae-eob.
Yoo-jung disabitkan dengan kesalahan membunuh, mencemarkan nama baik dan meninggalkan mayat, lima bulan selepas dia didakwa membunuh secara kejam serta memotong anggota wanita berusia 26 tahun yang ditemuinya melalui aplikasi pada Mei.
Pendakwa raya berhujah bahawa Yoo-jung terlalu obses dengan rancangan televisyen serta buku bergenre jenayah dan memutuskan untuk membunuh seseorang dalam kehidupan sebenar semata-mata memuaskan rasa ingin tahunya tentang pembunuhan.
Menurut polis, Yoo-jung tinggal bersama datuknya dan suka menyendiri serta menganggur sejak menamatkan pengajian dari sekolah menengah, kira-kira lima tahun lalu.
Gadis tersebut telah menggunakan telefon bimbitnya dan menyemak buku dari perpustakaan untuk membuat penyelidikan tentang cara menyembunyikan mayat.
Dia telah menghabiskan masa berbulan-bulan mencari bakal mangsa melalui aplikasi yang menghubungkan ibu bapa kepada tutor dan menghubungi lebih 50 orang kebanyakannya wanita sebelum menemui seorang yang tinggal bersendirian dan menawarkan pelajaran di rumah.
Yahoo! News melaporkan Yoo-jung kemudian menyamar kononnya sebagai ibu kepada seorang pelajar Gred 9 dan mengatur agar anak perempuannya datang ke rumah mangsa untuk sesi belajar.
Pada 26 Mei lalu, Yoo-jung muncul di rumah wanita itu dengan berpakaian seragam sekolah yang diperolehnya dalam talian.
Sebaik berada di dalam rumah mangsa, dia didakwa menikam mangsa lebih 100 kali hingga mati dengan pisau sebelum memotong badan wanita itu.
Selepas ditangkap, Yoo-jung pada mulanya memberitahu polis bahawa dia hanya memindahkan mayat mangsa selepas dia dibunuh oleh orang lain.
Kemudian, dia mendakwa bahawa dia telah membunuh mangsa secara tidak sengaja semasa pertengkaran.
Akhirnya, dia mengaku melakukan pembunuhan kejam itu dan menyalahkan minatnya dalam genre jenayah sebenar.
Pada Jumaat, hakim yang menghukum Yoo-jung berkata pembunuhan itu telah "menyebarkan ketakutan dalam masyarakat bahawa seseorang boleh menjadi mangsa tanpa sebab" dan "menimbulkan ketidakpercayaan umum." - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Nov 26 2023

Jung Yoo-jung mengaku membunuh kerana rasa ingin tahu tentang pembunuhan. - Foto agensi

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Gadis minat kisah pembunuhan dipenjara seumur hidup
Gadis berusia 23 tahun itu merayu hukumannya diringankan kerana mendakwa dia mengalami halusinasi dan pelbagai masalah mental.