Seorang wanita yang dirakam memarahi dan meludah seorang pekerja KFC di pusat beli-belah NEX, Singapura, hanya kerana tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu pesanan, akhirnya ditahan polis pada Jumaat.
Dalam kenyataan pada Sabtu (25 April), polis memaklumkan wanita berusia 42 tahun itu ditahan atas kesalahan melakukan kekacauan di khalayak umum.
"Siasatan menunjukkan wanita itu memarahi kakitangan berkenaan ketika diberitahu dia perlu menunggu untuk mendapatkan pesanannya," kata polis.
Dalam kejadian yang berlaku pada ketika Singapura menguatkuasakan tindakan pemutus rantaian berikutan ancaman COVID-19, wanita yang gagal emngawal emosi itu memarahi petugas di restoran makanan segera berkenaan, sebelum bertindak melampau dengan meludah ke arah kaunter dan pekerja tersebut.
Wanita itu bagaimanapun sudah meninggalkan premis restoran ketika polis tiba.
Pihak pengurusan restoran makanan segera itu telah membuat laporan polis selepas kejadian, dan telah melakukan proses nyahkuman di premisnya.
"Di KFC, kami mengambil perhatian serius terhadap pelanggan dan pekerja kami. Kami mahu mengingatkan semua pelanggan agar menjaga jarak sosial dan memakai topeng muka seperti yang dikehendaki pihak berkuasa," ujar satu kenyataan rasmi daripada pihak KFC republik itu.
Insiden tersebut telah dirakam oleh orang awam, sebelum ia menjadi tular di media sosial negara tersebut. Rata-rata warganet negara itu menzahirkan rasa marah pada wanita berkenaan yang dilihat bukan sahaja tidak sopan, malah melakukan aksi yang boleh mencetus panik penularan wabak.
Polis republik itu juga menambah, mereka melihat kemungkinan wanita itu melanggar arahan langkah pemutus rantaian yang diumumkan Singapura untuk menangani wabak COVID-19.
Sekiranya didapati bersalah, wanita itu boleh didenda hingga S$2,000 (RM6,120).
Agensi
Sun Apr 26 2020

Polis menambah mereka juga melihat kemungkinan wanita itu melanggar arahan langkah pemutus litar. - Twitter
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

KFC tak pernah ada dalam senarai boikot - BDS Malaysia
Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan restoran makanan segera, KFC tidak pernah masuk dalam kempen boikot kumpulan pro-Palestin itu.

KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.

Hargai sokongan rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 di KEPCI Music Fest
Sebagai sebuah jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, KFC meraikan kejayaan ulang tahun ke-50 dengan penganjuran konsert KEPCI Music Fest di Shah Alam pada Sabtu.

Raikan hari jadi ke-50 KFC di KEPCI Music Fest 2023!
Konsert pertama seumpamanya di negara ini di mana 40 pemuzik tanah air akan menggegar tiga venue di Selangor, Sabah dan Johor.

KFC AS buat rekaan baharu restoran, sesuaikan dengan era pandemik
Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka.

Kerana COVID-19, KFC henti sementara guna slogan 'hingga menjilat jari'
Pelanggan bagaimanapun berpendapat slogan itu tidak membawa ancaman kesihatan kerana orang ramai umumnya makan hidangan KFC menggunakan tangan.

Kedai 24 jam di Sarawak boleh beroperasi seperti biasa
Keputusan membenarkan premis perniagaan 24 jam di Sarawak beroperasi seperti sediakala dibuat susulan kejayaan melandaikan keluk kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari lepas.

Gara-gara tengking dan meludah pekerja KFC, wanita bengkeng ditahan polis Singapura
Polis menambah mereka juga melihat kemungkinan wanita itu melanggar arahan langkah pemutus rantaian.

QSR Brands serah zakat perniagaan RM232,794 kepada Sarawak
QSR Brands (M) Holdings Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM232,794 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Sarawak.

Tuah lamar kekasih di restoran KFC, pasangan terima 'durian runtuh'
Sepasang kekasih dibanjiri tawaran yang ingin menjadi penaja sempena hari bahagia mereka selepas aksi melamar di restoran makanan segera viral di media sosial.