GARA-gara tidak membayar selepas terima khidmat gunting rambut, seorang lelaki di Illinois, Amerika Syarikat ditembak mati.
Kejadian berlaku pada Khamis lalu di sebuah kedai di Maywood, menurut polis.
Suspek, Deshon McAdory, 40 tahun, ditahan polis sejurus selepas kejadian dan didakwa di mahkamah pada Ahad atas tuduhan membunuh Christian McDougald, 31 tahun, lapor Chicago Sun-Times.
Namun menurut peguam yang mewakili tertuduh, Anthony Burch, McAdory bertindak demikian kerana mempertahankan diri.
"Seorang pelanggan datang ke kedai tersebut. Selepas menerima khidmat gunting rambut, dia enggan membuat pembayaran.
"McAdory dan McDougald kemudian bertengkar di luar kedai gunting rambut tersebut dan apabila McDougald cuba menyerang McAdory, tertuduh mengeluarkan pistol dan menembak mangsa," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Loyola University.
Mahkamah pada Ahad mengarahkan McAdory membayar ikat jamin AS$250,000 serta menetapkan 3 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon May 31 2021

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Loyola University. - Gambar hiasan

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Op Tebuk: Polis tembak mati empat penjenayah warga asing
Pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.

Penduduk Jordan beri penghormatan kepada penyerang bunuh tiga warga Israel
Ratusan penduduk Jordan beri penghormatan kepada warga Jordan yang terbunuh selepas membunuh tiga orang awam Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Militan tembak mati 23 orang di barat daya Pakistan
23 penumpang ditembak mati kumpulan militan di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan selepas kumpulan itu bertindak menyekat lebuh raya.

Lelaki bersenjata pisau ditembak mati di Australia
Polis Australia menembak mati seorang lelaki berusia 34 tahun yang bersenjatakan pisau dalam kejadian di Middleton Grange.

Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati
Reptilia berukuran 4.2 meter yang membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada awal Julai lalu ditembak mati pihak berkuasa Australia.

Lelaki dihukum penjara 30 tahun bunuh bekas Ketua MCA Marang
Bekas anggota Rela dihukum penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dengan menembak mati bekas Ketua MCA Bahagian Marang Fong Swee Fuan, tiga tahun lalu.

Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.

Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing
Tiga penjenayah warga asing digelar Geng Centro ditembak mati di Kilometer 17 Jalan Pekan-Kuantan pada tengah malam Isnin.

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran
Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran.