KUALA LUMPUR: Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada bulan lalu mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, David E. Malcomson.
Bercakap kepada Bernama di pejabatnya di sini, beliau berkata Israel menyerahkan laporan itu baru-baru ini dalam tempoh yang diputuskan ICJ pada 26 Jan lalu.
"Setakat ini laporan itu sulit dan diserahkan dalam tempoh sebulan seperti diarahkan ICJ.
"Pihak berkuasa di Afrika Selatan sedang mengkaji laporan itu untuk melihat apakah respons yang bakal dibuat oleh Afrika Selatan," kata Malcomson, sambil menambah Afrika Selatan sudah pun mengemukakan satu lagi petisyen kepada ICJ menggesa mahkamah itu memaksa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza atau rakyat Palestin akan kebuluran.
Petisyen kedua oleh Afrika Selatan kepada ICJ itu dibuat pada 6 Mac, beberapa hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan.
Afrika Selatan mahu Israel menghentikan semua operasi ketenteraan ke atas Palestin, bukan sahaja pada Ramadan tetapi menamatkannya sepenuhnya, kata Malcomson.
Pada 26 Feb, akhbar The Times of Israel melaporkan rejim itu menyerahkan laporan kepada ICJ memperincikan langkah yang sedang dan akan diambil bagi mematuhi perintah mahkamah pada Januari yang menggesa ia tidak mengambil langkah yang boleh mencabuli Konvensyen Genosid di Gaza.
Menteri Hubungan Antarabangsa Afrika Selatan Naledi Pandor pada 5 Mac memberitahu Parlimen bahawa kerajaan sedang mengkaji laporan Israel kepada ICJ mengenai bagaimana rejim itu mematuhi arahan meminimumkan mudarat terhadap penduduk Palestin seperti yang diarahkan mahkamah dunia.
Afrika Selatan mempunyai hak untuk menjawab kandungan laporan itu, katanya seperti yang dipetik media negara itu, Eyewitness News.
Pada Disember lalu, Afrika Selatan memulakan kes terhadap Israel di ICJ berkaitan langkah mengaplikasi Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948.
Pada 26 Jan, ICJ dalam keputusannya mengarahkan enam langkah sementara termasuk menghalang berlakunya genosid di Gaza, memastikan Israel serta merta tidak melakukan sebarang tindakan genosid selain menghalang serta menghukum sebarang hasutan langsung atau terbuka terhadap perlakuan genosid.
Tiga lagi langkah lain, termasuk peruntukan menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan bagi menangani keadaan kehidupan yang buruk di Gaza, menghalang pemusnahan serta mengekalkan bukti berkaitan tuduhan genosid, selain menyerahkan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil berkaitan pematuhan arahan berkenaan dalam tempoh sebulan.
Mengulas penghakiman ICJ pada Januari, Malcomson berkata meskipun mahkamah tidak menyebut perkataan gencatan senjata, enam langkah yang dikemukakan jika dilaksanakan sepenuhnya akan membayangkan maksud gencatan senjata.
Sehubungan itu, Afrika Selatan akan terus mengenakan tekanan ke atas Israel supaya melaksanakan enam langkah itu menerusi semua saluran diplomatik, baik menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perhimpunan Agung PBB dan perbincangan bilateral.
Ditanya mengenai hubungan kukuh antara Afrika Selatan dengan Palestin, beliau berkata hubungan bermula ketika tahun 1960-an sewaktu era perjuangan pembebasan Afrika Selatan.
"Ketika kami (Afrika Selatan) berjuang menentang apartheid, Kongres Kebangsaan Afrika Selatan (ANC) menjalin hubungan dengan pertubuhan pembebasan lain termasuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
"Wujud hubungan sejak sekian lama antara ANC dan PLO serta hubungan akrab peribadi antara mendiang Presiden Nelson Mandela dengan bekas Pengerusi PLO, Yasser Arafat," katanya.
"Mandela menganggap Palestin sebagai isu moral terbesar dan selepas rejim apartheid digulingkan, Mandela berkata: "Kita sebagai rakyat Afrika Selatan tidak boleh menganggap diri kita sudah bebas selagi penduduk Palestin juga tidak merdeka."
Menurut Malcomson, berpandukan sejarah pengalaman membebaskan diri daripada apartheid sehingga mencetuskan sebuah Afrika Selatan baharu - yang hadir pada 1994 - adalah mengetengahkan isu hak asasi manusia sebagai satu daripada aspek utama dalam dasar luar negara itu.
Satu daripada isu utama hak asasi manusia ialah Palestin.
"Afrika Selatan tidak pernah menganggap Palestin sebagai isu agama tetapi ia adalah isu kemanusiaan bagi Afrika Selatan dan ia soal keadilan. Pengalaman daripada sejarah membuatkan kami terbabit dalam isu Palestin hari ini dan dunia tidak harus lupa apa yang berlaku di Tebing Barat juga," katanya.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Okt lepas.
Rejim itu turut mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza menyaksikan penduduk di kawasan itu terutama di Gaza utara diancam kebuluran selain daripada kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan.
Menurut PBB, perang Israel ini menyaksikan 85 peratus penduduk Gaza menjadi pelarian di bumi sendiri dan berdepan kekurangan makanan, bekalan air bersih dan perubatan manakala 60 peratus kediaman musnah atau rosak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Malcomson berkata Israel menyerahkan laporan itu baru-baru ini dalam tempoh yang diputuskan ICJ pada 26 Jan lalu. - Gambar fail
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.

Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.