KAHRAMANMARAS (Turkiye): Gelagat luar biasa burung peliharaan memberi petunjuk kepada tujuh sekeluarga untuk berwaspada dan menyelamatkan diri mereka daripada gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan bandar ini pada 6 Feb lepas.
Siham Suraj Ali, 55, berkata gempa bumi yang menggegarkan selatan dan tengah Turkiye, selain daripada utara dan barat Syria dikesan pada awalnya apabila burung-burung peliharaan beliau yang ditempatkan di ruang tamu berkelakuan luar daripada kebiasaan.
Bercakap kepada Bernama TV dengan bantuan penterjemah tempatan Mohammad Abdul Latif daripada sebuah badan bukan kerajaan Turkiye ATAA Relief, Siham berkata apabila melihat bagaimana gelagat burung-burungnya, beliau mengarahkan isterinya untuk membawa keluar tiga anak perempuan dan dua anak lelakinya daripada rumah dan berada di halaman.
"Sejurus kemudian, gempa bumi berlaku tetapi kesemua ahli keluarga telah menyelamat diri masing-masing di luar. Rumah kami yang terletak di tingkat bawah tanah rosak di bahagian dalam," katanya.
Kediaman mereka terletak di tingkat bawah tanah sebuah apartmen kecil lima tingkat, tidak begitu terjejas cuma terdapat kesan retak dan pecah-pecah di seluruh bahagian rumah itu.
Bimbang dengan gempa bumi yang mungkin berlaku lagi, beliau menerima khemah sementara yang diberikan pihak berkuasa dan mendirikannya di halaman apartmen.
Siham berkata sebelum gempa bumi itu, beliau mendengar bunyi kuat di bawah kediamannya seperti bunyi sebuah peluru berpandu Scud yang dilancarkan semasa tinggal di utara Aleppo, Syria di bawah pemerintahan rejim Basyar Al-Assad.
Ditanya mengapa beliau berhijrah ke Turkiye pada 2013, pekerja binaan itu berkata sebelum ini pekan yang didiami keluarganya diserang dengan peluru berpandu tetapi pada masa itu dia masih ingin kekal menetap di sana.
"Saya datang ke sini pada 2013 kerana tentera rejim itu akhirnya memasuki pekan kediaman saya dan saya mahu keluarga saya selamat. Suatu hari nanti saya mungkin kembali ke Syria," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata pekan itu pertamanya mesti berada dalam keadaan selamat supaya keselamatan keluarganya terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Siham berkata apabila melihat bagaimana gelagat burung-burungnya, beliau mengarahkan isterinya untuk membawa keluar tiga anak perempuan dan dua anak lelakinya daripada rumah dan berada di halaman. - Foto UNSPLASH

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.