NICOSIA: Gelombang haba mula melanda Cyprus, dengan suhu 41 darjah Celsius direkodkan di Nicosia, menurut perkhidmatan meteorologi negara itu pada Khamis, lapor Xinhua.
Suhu dijangka meningkat kepada 43 darjah Celsius pada Jumaat dan kekal melebihi 25 darjah Celsius pada sebelah malam, justeru perkhidmatan meteorologi mengeluarkan amaran suhu tinggi, berkuat kuasa dari pukul 9 malam hari Khamis hingga 6 petang Jumaat.
Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja sektor awam turut mengeluarkan arahan keselamatan untuk mereka yang bekerja di luar rumah.
Jika suhu atau kelembapan terus menyaksikan lonjakan dalam beberapa hari lagi, bekerja di luar akan dilarang sama sekali pada waktu tengah hari, kata jabatan itu.
Kerajaan bandar Nicosia mempelawa penduduk yang tidak mempunyai penghawa dingin yang mencukupi di rumah, supaya berlindung pada siang hari di pusat khas berhawa dingin yang telah disediakan.
Pusat itu turut menyediakan makanan dan minuman.
Gelombang haba turut menjejaskan kebanyakan negara Eropah, menyaksikan suhu lebih 40 darjah Celsius direkodkan di beberapa negara, termasuk Sepanyol, Poland, Itali dan Greece.
Suhu sehingga 38 atau 39 darjah Celsius bukanlah sesuatu yang luar biasa di Cyprus pada bulan Julai dan Ogos.
Bagaimanapun, suhu tertinggi 46.2 darjah Celsius pernah dicatatkan pada 4 Sept 2020 di Nicosia.
Di Greece, Cyprus dan Israel yang mempunyai sistem pemantauan cuaca yang sama, gelombang haba dikenali sebagai "Cleon".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Suhu dijangka meningkat kepada 43 darjah Celsius pada Jumaat dan kekal melebihi 25 darjah Celsius pada sebelah malam. -Gambar hiasan

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Gelombang haba mula melanda Cyprus
Suhu dijangka meningkat kepada 43 darjah Celsius pada Jumaat dan kekal melebihi 25 darjah Celsius pada sebelah malam'.

KPN kesal gagal bawa pulang Jho Low
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui kegagalan beliau untuk menepati janji untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah merupakan penyesalan terbesarnya.

Misi bantuan Lubnan: Cyprus sumbang 70 tan makanan, ubatan
Rakyat Cyprus menerusi gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar 70 tan bantuan awal seperti makanan, peralatan perubatan dan generator elektrik kepada Lubnan.

Jho Low sedang usaha beli harta di Cyprus - KPN
Low Teik Jho atau dikenali sebagai Jho Low sedang berusaha membeli tanah menggunakan nama seseorang individu di Cyprus

Bot karam di Perairan Cyprus, 19 maut, 25 hilang
Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki pada Rabu berkata, sebahagian besar mereka telah berjaya diselamatkan.

Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie
Selain merakam selfie, penumpang bernama Ben Innes turut mahu lihat senjata yang digunakan oleh perampas pesawat secara dekat.

Pesawat EgyptAir dirampas, mendarat di Cyprus
Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalan ke Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus.

Ribut pasir tebal melanda Timur Tengah, sekurang-kurangnya 8 terbunuh
Fenomena ribut pasir tebal yang menyelubungi sebahagian negara Timur Tengah sejak semalam telah menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beratus-ratus lagi mengalami masalah pernafasan.

Sedia sambung misi musnahkan senjata kimia Syria
Dua kapal kargo diiringi kapal perang Scandinavia bersedia untuk berlepas dari Pelabuhan Limassol di Cyprus.

Cyprus diberi tempoh tambahan sehingga 2018
Permohonan Cyprus agar diberi tempoh tambahan sehingga 2018 untuk mencapai sasaran lebihan bajet telah diluluskan.