Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud menggegarkan Kepulauan Maluku di timur Indonesia Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.
Gempa dasar laut melanda pada kedalaman 46 kilometer pada 10:31 waktu tempatan, 154 kilometer ke barat laut Kota Ternate, kata USGS.
"Gelombang Tsunami berkemungkinan berlaku di pantai yang terletak dalam jarak 300 kilometer," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC).
Menurut PTWC, gelombang tsunami boleh melanda wilayah Indonesia dan Filipina, Jepun, Taiwan dan pulau-pulau di Pasifik Selatan.
Gelombang tsunami antara 30 sentimeter dan satu meter boleh melanda wilayah Indonesia, kata pusat itu, manakala gelombang di bawah 30 sentimeter telah diramalkan untuk pantai Filipina, menurut PTWC.
"Kami telah mengeluarkan amaran awal tsunami," kata pegawai dari agensi meteorologi Indonesia kepada AFP.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik di mana plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap.
Gempa bumi dasar laut terbesar berlaku pada tahun 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di wilayah Aceh, di pulau Sumatera barat, dan beribu-ribu lagi di negara-negara lain berhampiran pantai di Lautan Hindi.
AFP
Sat Nov 15 2014

Menurut PTWC, gelombang tsunami boleh melanda wilayah Indonesia dan Filipina, Jepun, Taiwan dan pulau-pulau di Pasifik Selatan.
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Angka kematian letusan Gunung Marapi Indonesia meningkat kepada 23 orang
Mereka adalah antara 75 orang yang mendaftar untuk mendaki Marapi apabila gunung berapi itu tiba-tiba meletus pada petang Ahad.

Malaysia tidak sepenuhnya bebas risiko gempa bumi - NRECC
Malaysia tidak sepenuhnya bebas daripada risiko gempa bumi, demikian menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Maluku Utara
Gempa pada jam 3.02 pagi waktu tempatan itu dikesan berpusat di 133 km barat laut daerah Pulau Morotai pada kedalaman 112 km di dasar laut.

Chile dilanda gempa bumi, kali kedua dalam seminggu
Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan utara Chile pada Sabtu malam -- gempa kuat kedua yang melanda negara itu minggu ini.

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Filipina, 51 cedera
Sekurangnya 51 orang cedera manakala beberapa rumah, gereja dan bangunan musnah dalam gempa bumi berukuran magnitud 5.8 yang menggegarkan selatan Filipina pagi Sabtu.

Gempa 5.1 magnitud gegar Sulawesi
Gempa dikesan pada kedudukan 11 kilometer di timur Mamasa, Sulawesi Barat jam 2:35 pagi waktu tempatan.