MANILA: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina seperti yang dilaporkan Xinhua.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi dengan magnitud 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, dengan kedalaman 32 kilometer dan berpusat kira-kira dua kilometer ke tenggara bandar Siocon.
  • Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memberi amaran bahawa gempa tektonik ini berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
  • Gempa bumi berlaku pada 11.41 pagi waktu tempatan.


Institut itu berkata gempa bumi berkenaan berlaku pada 11.41 pagi waktu tempatan pada kedalaman 32 kilometer (km), kira-kira dua km ke tenggara bandar Siocon.

Institut itu turut memberi amaran bahawa gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

-- BERNAMA