TOKYO: Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 48 orang setakat 3.30 petang waktu tempatan selepas siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin, Xinhua memetik laporan penyiar kebangsaan NHK pada Selasa.
Ramai orang dilaporkan cedera di wilayah Ishikawa, Niigata, Fukui, Toyama dan Gifu.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam sidang media pada Selasa berkata bahawa usaha bantuan terhalang akibat halangan di jalan raya.
"Ini juga menyukarkan penghantaran jentera berat. Kami sedang memikirkan kaedah bersesuaian dan menggunakan kapal mungkin menjadi antara pilihan," kata perdana Menteri itu.
Beberapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa pada Isnin.
Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakannya Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.
Agensi itu telah menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.
Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Jepun menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku tidak lama lagi. - Gambar/ AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Korban gempa bumi Jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang
Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis.

Gempa bumi: Jepun hanya mahu terima bantuan AS
Jepun turut menerima tawaran bantuan daripada negara di rantau berkenaan termasuk Taiwan dan China.

Korban gempa bumi di Jepun terus meningkat, 242 masih hilang
Angka kematian akibat gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun meningkat kepada 92 orang.

Gempa bumi Jepun: ASEAN sedia hantar bantuan
ASEAN menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan susulan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Jan.

Bayi diselamatkan dari runtuhan gempa bumi Jepun
Bayi perempuan berusia lapan bulan yang ditemui di kawasan kediaman di bandar Mashiki, Kumamoto itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Gempa bumi 6 magnitud landa selatan Jepun, loji nuklear selamat
Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan maut, sementara pengawal atur nuklear di loji janakuasa juga tidak mengalami masalah.