Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Agensi
Sat Dec 14 2024
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat. - Reuters
SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 8.38 malam waktu tempatan.
Menurut maklumat oleh Pusat Seismologi Nasional Universiti Chile, pusat gempa tersebut terletak 52 kilometer ke tenggara Curico, pada kedalaman 114 kilometer.
Sementara itu, Perkhidmatan Hidrografi dan Oceanografi Tentera Laut (SHOA) Chile menolak kemungkinan berlaku tsunami di pesisir pantai negara tersebut. - Agensi