GAZIANTEP: Pangkalan Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 telah siap dibangunkan di Wilayah Gaziantep, selatan Turkiye.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi SMART, kesemua 70 anggota SMART telah ditempatkan di Nurdagi, wilayah itu.
Difahamkan, pasukan pertama SMART itu telah bersiap sedia untuk memulakan misi mencari dan menyelamat di Gaziantep.
Terdahulu, kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 6 pagi waktu tempatan.
Ketibaan pasukan kedua itu disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.
Pasukan itu terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dua ekor anjing pengesan K9 JBPM.
Mereka dijadualkan akan berlepas ke Gaziantep pada jam 9 pagi waktu tempatan sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat di wilayah itu.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini mengenai operasi SAR SMART di Turkiye dari semasa ke semasa.
Fareez Azman
Thu Feb 09 2023

Pangkalan Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 telah siap dibangunkan di Wilayah Gaziantep, selatan Turkiye. - Foto Facebook SMART
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi
Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Pegawai NADMA, SMART dihantar ke luar negara jalani latihan pengurusan bencana - TPM Zahid
Langkah itu juga adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pegawai NADMA dan SMART menimba ilmu serta menerima latihan di luar negara.

Naik taraf tapak simulasi SMART siap Oktober
Tapak simulasi bagi SMART di Pulau Meranti bakal dilengkapi dengan beberapa lagi modul latihan mencari dan menyelamat.

125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan, misi bantuan lain masih diteruskan
Hospital Medan masih beroperasi dan tabung bencana juga masih dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan.

Gempa Turkiye: Pasukan SMART berjaya keluarkan 50 mangsa setakat ini
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berjaya menemukan seramai 50 mangsa tragedi tanah runtuh di Turkiye setakat Selasa.

Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.

Gempa bumi Turkiye: Pangkalan Operasi SMART di Gaziantep, siap sedia mulakan misi SAR
Pangkalan Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 telah siap dibangunkan di Wilayah Gaziantep.

Gempa bumi Turkiye: Unit K9 mampu bantu misi SAR lebih berkesan - Armizan
Anjing pengesan membolehkan operasi menyelamat mangsa gempa bumi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye menjadi lebih berkesan.

Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART berpengalaman, penuhi standard antarabangsa
Pasukan itu mempunyai kepakaran yang lengkap dengan penglibatan 60 anggota SMART, enam anggota JBPM dan empat anggota APM.