JENDIRIS: Ketegangan politik yang masih berlarutan di kawasan barat laut Syria mengakibatkan usaha pemulihan bencana gempa bumi menjadi sukar.
Datuk Bandar Jendiris, Mahmoud Haffar berkata, situasi ketika ini amat mencabar sekiranya tidak mendapat pertolongan semua pihak.
“Sekarang ini kita bergerak sendiri, jadi memang kita tak mampu untuk pulihkan segalanya.
“Jika masalah politik berterusan maka usaha pemulihan memang akan jadi sukar.
“Kita memang ada terima bantuan tapi ia masih belum cukup untuk tampung semua mangsa di negara ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.
Dalam pada itu, Mahmoud meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap negara luar untuk menghulurkan pertolongan.
“Situasi buat masa ini memang sangat buruk kerana semua mangsa secara tiba-tiba hilang tempat tinggal.
“Mangsa terpaksa keluar sendiri untuk dapatkan bantuan dan keadaan ini sukar untuk mereka.
“Sejak hari.pertama gempa yang berlaku, tiada bantuan dari negara luar dan hanya dari pihak berkuasa tempatan," jelasnya.
Ujar beliau, bagi kawasan Jendiris sahaja, hampir 4,000 keluarga terpaksa berputih mata susulan kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan.
Penempatan khemah sedia ada sebanyak 2,500 unit juga belum mampu untuk menampung keseluruhan mangsa terlibat.
Selain itu, bandar Jendiris turut berdepan kemusnahan tujuh buah kilang roti yang merupakan makanan utama di negara berkenaan.
“Sekarang kita cuma ada satu kilang roti yang tinggal untuk keperluan bagi kawasan ini dan kita juga alami masalah kurang bekalan air bersih.
“Kita mohon bantuan kecemasan terhadap seluruh negara supaya dapat salurkan bantuan untuk semua mangsa,” katanya lagi.
Hilmi Malik
Thu Feb 16 2023
Datuk Bandar Jendiris, Mahmoud Haffar berkata, situasi ketika ini amat mencabar sekiranya tidak mendapat pertolongan semua pihak. - Foto Astro AWANI
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Gempa 6.3 magnitud gegar Turkiye, Syria dua minggu selepas bencana
Gempa kali ini berkekuatan magnitud 6.3 pada kedalaman hanya 2 kilometer (km), kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).
Gempa Turkiye: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 10 hari terperangkap di Antakya pada Khamis.
Gempa Syria: Kemelut politik sukarkan usaha pemulihan bandar
Ketegangan politik yang masih berlarutan di kawasan barat laut Syria mengakibatkan usaha pemulihan bencana gempa bumi menjadi sukar.
Gempa Turkiye: "Keluarkan mayat kanak-kanak sukar dilupakan" - Komander SMART
Pengalaman bertugas di negara luar apatah lagi terlibat secara langsung dalam operasi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye pastinya akan melakar sejarah yang cukup bermakna buat pasukan penyelamat negara.
Gempa bumi: Kerajaan tubuh Pasukan Peninjau Khas ke Syria - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia menubuhkan satu Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik, Syria bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan.
Gempa bumi Turkiye-Syria: GPM bergerak ke Gaziantep agih makanan kepada mangsa
Misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi Turkiye yang diketuai Global Peace Mission (GPM) Malaysia akan dimulakan dengan agihan makanan di Gaziantep pada Ahad.